cerita tentang kehidupan SULAIMAN

Sulaiman Saipin, 74.
Penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan



BALING 18 Dis. - Dia hanya seorang penoreh getah, buta huruf dan mempunyai 17 orang anak. Sekali pandang, tidak ada apa-apa keistimewaan tentang hidup Sulaiman Saipin, 70, dan isterinya, Esah Din, 69. Bagaimanapun, anda mungkin tidak percaya jika diberitahu, 14 daripada 17 anak-anak mereka telah berjaya memasuki universiti.Malah lebih membanggakan, kesemua anak mereka kini bekerja di sektor awam dan swasta dengan menyandang pelbagai jawatan tinggi. Pada kebanyakan orang, mempunyai anak yang ramai satu beban terutama dari segi menentukan masa depan pendidikan mereka. Bagaimanapun, anggapan itu meleset apabila Sulaiman yang bekerja sebagai penoreh getah membuktikan sebaliknya.
Apakah rahsia Sulaiman dan Esah sehingga 13 anaknya itu berjaya memasuki menara gading? Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Merah Kuala Ketil di sini hari ini, Sulaiman berkata: ``Sebagai seorang buta huruf, saya mendisiplinkan anak-anak dengan mengutamakan pelajaran. Ini kerana, ada masa bermain dan masa mengaji [harap2 kita pun akan pastikan yg ini untuk anak-anak, jangan didik anak untuk dunia semata-mata, akhirat juga perlu], semuanya perlu ikut peraturan.
``Selepas balik dari menoreh getah, saya akan periksa buku mereka. Jika ada tanda merah dalam buku rekod, saya akan pukul mereka. ``Saya sering menggunakan rotan untuk mendisiplinkan anak-anak saya.'' Bagaimanapun, katanya, garang dengan anak-anak bukan bermaksud benci tetapi itulah lambang kasih sayang kepada mereka [kita sekarang macamana? anak kena jentik telinga dek cikgu pun kita bising sampai ke ADUN, sementelah lagi anak dirotan, heboh satu Malaysia. Sebab itu ,kalau nampak anak murid buat salah, biarkan saja. Sebab mak ayahnya lebih pandai didik, silap haribulan bila kita denda, kita pulak yg kena.].
Menurutnya, walaupun dia dan isterinya tidak faham tetapi sentiasa mengawasi semua anak-anak supaya belajar mengikut waktu. Pasangan itu mempunyai 17 orang anak, iaitu 12 lelaki dan lima perempuan.Tambah datuk kepada 81 cucu ini, dia dan isterinya tidak pernah bersalin pakaian malah pernah menjual tanah kerana mahu membiayai pelajaran anak-anaknya. Berkat kesabarannya, 13 anak-anaknya itu telah berjaya memasuki universiti.
Ditanya lebih lanjut, Sulaiman berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang banyak. ``Itu adalah rezeki biarpun sedar kepayahan dan kesusahan untuk membesarkan kesemua mereka [betul kata orang tua2, anak itu rezeki sebenarnya] '' katanya Sebagai seorang penoreh getah, Sulaiman berkata, dia terpaksa bergolok bergadai untuk membesarkan anak-anaknya. Bagi Esah pula, walaupun mempunyai anak yang ramai tetapi dia lega kerana hasil penat lelah berbasikal setiap hari untuk pergi menoreh selain berdoa pada Ilahi, telah menampakkan hasilnya.
``Setiap kali keluarga besar ini berkumpul seekor lembu terpaksa dikorbankan [this is the best part! hehe] ,'' tambahnya.
Great Grandpa by bubbles_libra4.
KUALA LUMPUR-11 APRIL 2006, Keluarga Cemerlang... Sulaiman Saipin, 71 tahun bersama isterinya, Eshah Din, 67 tahun (kiri) dan Shafie Sulaiman (kanan) sambil dikelilingi anak-anak dan cucu-cucunya selepas menerima Anugerah Maulidur Rasul S.A.W yang disampaikan Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat Kebangsaan Tahun 1427/2006M semalam.

Comments

Popular Posts