High Hill Resort

15 Mei 2011, Ahad.
Destinasi : Bukit Tinggi Resort

Firstime ni pergi Bukit Tinggi, best jugak la kan! Terima kasih kepada bakal 'abang iparku bukan abang iparmu' sebab bawak kanak-kanak rebina jalan-jalan. Lama kut tak jalan jauh-jauh sangat walaupun tak adalah jauh sangat kan, dekat Kuantan Pahang je kut kalau aku tak silap la kan. ;)
Kami telah ke Colmar Tropicale yang beautiful ni. tempat yang sangat cantik. kalau berbulan madu pun best jugak sini. tapi kalau ada kedai mamak sini best sikit sebabnya makanan dekat sini mahal la hee;)
Sila abaikan budak yang teruja firstime datang sini dan antara Geng Budak Sekolah yang join adalah..
macam biasa, cik techik
dan ahli GBS yang baru adalah...







jeng.

jeng.

jeng.







Cepat

TEKA

Siapa

???
??
?












(Kamal tu kenapa?..kelakar je muka..haha;p)
tadaa~Kamal kom kom kom, bukan yang cerita drama kum kum kum tu ye.hee dialah pemilik http://komandthetypewriter.blogspot.com/. Blog dia agak menarik jugak la kan bagi aku. Itu yang follower ramai, orang femes ni.;p

Alang-alang dah sampai sini, tempat cantik, viewnya pun cantik. So aku sempat jugak la feeling-feeling model kejap sengsorang.
ada macam model abad ini tak??hua3~ muka mintak penampo je kan. ;p
kau hado? tak do kan hehehe
teringin gila kut nak ada orang bagi saya bebear besar macam ni, best kut peluk!!!hee Bebear sedia ada dekat rumah pun tercampak-campak dekat bawah katil, kalau yang besar ni silap-silap aku yang tercampak bawah katil karang. ahahahaa ;p
dekat menara paling tinggi dekat sini. Boleh la kalu nak usha pakwe-pakwe dari atas ni buat mereka-mereka yang single macam aku ni. tentt~hee;)
Ok.
Sebenarnya aku teman si Kamal ni pergi Photoshoot Pre-Weeding kawannya. Menyebuk-nyebuk la gitu kiranya..hee

Alang-alang diorang ni pun nak jugak tu posing. Berbekalkan HP murah aku ni dan inilah hasilnya. ;)
kanak-kanak riang! eh silap, orang tua-tua riang. hah.baru betul! hahaa;p
comel je kut yang ini..;p

Perjalanan seterusnya, iaitu berjalan-jalan ke Rumah Jepun (aku pun tak tahu nama tempatnya). Yang pasti untuk sampai ke sini anda perlulah mendaki bukit yang agak tinggi dan agak bolehlah memecahkan jugak lemak-lemak yang sekian lama terkumpul hee;p

Nasib mak tak pakai high heels nyah. kalau tidak, haruuu~~~ Semput jugak la nak sampai kat atas, nasib lah stamina aku kuat (poyo!) hahaa. First-first naik tempatnya hujan dah rintik-rintik tapi kitaorag redah je la..alang-alang dah sampai sini kan. tapi sempat juga la posing sedua tiga posing..;p

Dekat sini kalau dating dengan pakwe best jugak la. Sweet je kan. Boleh try baju kimono lagi yang sedia ada untuk disewa ^^'
*awak, nanti bila-bila kita pergi sini ye?!~ (kepada bakal jodoh saya hee-->berkata-kata sambil kedip-kedip mata;)
dalam hujan pun kitaorang tangkap gambar;p
ehem!ehem!ehem!!!(tiba-tiba macam sakit tekak pulak)
eh,ni bapak dengan anak ke ni? hee
nampak sangat kamal tua..hahahaaa;p
alang-alang dah sampai, kitaorang pun ke TATAMI SPA ni. sempat jugak la masuk dalam pagar lepas tu keluar balik.hee
besarnya lah aku ni..;)
tak ada motif!ada pon motif buang tebiat!!haha;p

Hari ini sememangnyalah hari lawatan sekolah.hehee Nama pun Geng Budak Sekolah kan. Jadi destinasi seterusnya adalah ke Taman Zoo kut ngee ;D mandai-mandai je aku ni kan. eh, kalau ada binatang tu namanya Zoo la kan?hee hentam!
Saya selaku Cikgu sekolah nak kenal kan dekat anak-anak murid saya. Ini arnab ye murid-murid.
A.R.N.A.B= Arnab! ;)
ini pulak keldai..macam mana eja keldai murid-murid??!
K.E.L.D.A.I= Keldai! Pandai murid-murid cikgu. hahaa;p
ini pula apa murrid-murid??!
ini Rusa. cuba eja dengan jelas dan nyata kamal?
R.U.S.A= Rusa! Pandai!..haha ;p
2 orang anak murid kesayangan cikgu akin yang pandai-pandai. Kamal memang kusyuk benar bila jumpa haiwan-haiwan ni. memang tak pandang kiri kanan. agak-agak kalau boleh naik atas rusa tu,dia dah nak naik dah kan. hahaaa (ok cerita nak gempak je aku ni. hee sorry kamal ;p )

and the last location adalah... M.A.K.A.N! MAKAN!!!!Yea!!!!!!!
Lapor. Lapor.Lapor.
dan destinasi pilihan adalah IKEA.
chik muka teruja!!! lamo dah dio mengidam ni..;)
Aku muka tak menyabor.
Saya makan meatball saja.DIET!hee
Ini pun kenyang gila kut. biasa lah perut kecik kan. ^^
Buat Kamal, bakal abang iparku thanx a lot ya bawak kami jalan-jalan ke sana dan ke sini. Melayan kerenah budak-budak macam kami ni yang banyak pe'el. Nice to meet you!

psstttt~psstttt~ korang! kamal single lagi. so siapa-siapa yang berkenan nak borang boleh la mintak dekat aku. Selain jadi PA model, aku buat partime job, ejen cari jodoh jugak. Kata orang cari makan gitu~hee semua orang aku nak promote.^^'

dan dan dan kan tak pernah seumur hidup aku dah besar ni orang layan macam budak darjah 6, ini firstime dalam sejarah hidup. mana tak-nya. Asyik duk tanya, mak ayah tahu tak keluar ni? bagi tahu tak? balik pukul berapa boleh ni? bla bla bla..sekali dengan kawan-kawannya tanya.
kami sudah 21 tahun ye bukannya 12 tahun. heheee tapi diaorang memang sporting la kan..TQ!!! ;)

Comments

kamarukom said…
ekelehhhhhh...byknye gua terinteprem dlm blog bdk kenit neehhhhh hahaha kantoi sudaaa :p
Akin Amar said…
kamal: hahahaaa siapa yg kenit??dia ke kte?tentt~ hahaa;p

Popular Posts