Aku kini kembali menulis :)

Assalamualaikum.

tup tap tup tap aku sedar yang agak lama aku melupakan dunia penulisan. haha kalau ada yang nak tahu dulu sebenarnya cita-cita aku ingin menjadi seorang penulis kalau boleh semua berkaitan sastera aku suka. aku suka ayat-ayat indah. ayat yang punya maksud tersendiri. tapi entah aku jarang menulis. Kalau aku menulis ada kah yang mahu membacanya?..tidakkah terlalu membuhsankan?.ya!aku suka baca tulisan blog fynn jamal juga, buat aku teringat pada cita-cita lama. kalau orang tanya kenapa aku suka. jawapannya sebab aku suka la.hee aku mahu menulis tapi aku takut kamu buhsan mahu membaca tulisan tangan ini.

Dikala aku tidak lagi ingin menulis aku juga sudah berhenti membaca. aku suka membaca apa sahaja didepan mata. kegilaan dulu adalah novel, buku-buku seram, buku siri kanak-kanak penyiasatan. itu semua kenangan. Arghhh!!aku mahu cari semua itu balik. tapi satu-satunya benda aku tak berhenti membaca adalah blog-blog kamu semua. terima kasih kerana menulis untuk aku baca. :)

Aku kini kembali menulis. ^^'

Yang Ikhlas,

Akin Amar

Comments

Popular Posts