"KITA TENGOK BUMI INI MILIK SIAPA??!!!!!"

Assalamualaikum,


Semalam aku bukak TV dan aku terdengar satu perkataan ni yang di laungkan dengan penuh kehebatan yang sangat luar biasa di mata kasar aku. ( Maaf, aku jarang guna mata halus untuk melihat )



"KITA TENGOK BUMI INI MILIK SIAPA??!!!!!"







(aku agak tertarik dengan video ni. ada yang menyokong dan ada juga yang mengata kerana kata-kata pakcik ni yang di ibaratkan 'sombong semacam'. Lain manusia, lain pandangan. Anda nilailah sendiri ye..hanya selingan~)



sambung cerita..



Aku sedar, semua orang tak lari dari buat silap sebab tak ada yang sempurna lagi-lagi aku. Tapi saban hari manusia terlalu leka dengan perihal dunia, sampai begitu bongkak bila berkata-kata sehingga lupa bumi ini milik siapa???!!!~ Bumi ini milik ALLAH S.W.T wahai manusia..."Daripada Allah datangnya kita dan kepada Allah jugalah kita di kembalikan".




Sekarang ni aku tengok manusia terlalu angkuh dan bongkak dengan kekayaan dunia dan kebesaran kuasa sehingga terlupa hakikat sebenar kita sebagai manusia. Lagi besar kuasa kita, lagi besar jugalah tanggungjawab yang kita tanggung, dosa-dosa yang kita pikul jika tak di laksana dengan baik. (dari sudut positif aku, mungkin manusia itu lupa tatkala dunia di hati bukan di tangan..)




"Letakkan lah dunia di tangan wahai manusia, kerna jika engkau letakkan dunia dihati maka binasalah engkau." Dunia di tangan adalah kejayaan tapi dunia dihati adalah nafsu, nafsu yang tak pernah puas.




Saat ini aku teringat kata-gurau abah suatu ketika dulu, "Ada duit semua jalan. Tak ada duit pergi jalan..." ketika ini baru aku faham makna kata-gurau abah, dimana ia betul-betul berlaku pada dunia sekarang yang serba meningkat kemewahan kini.




Aku bukan insan sempurna, aku tak salahkan manusia 100% kerna berkata begitu, mana tahu satu hari dia menjadi orang yang lebih baik dari apa yang kita sangka daripada aku daripada kita semua. Manusia bisa berubah cuma keadaan dan masa yang menentukkan segalanya. Sama ada manusia itu berubah, sempat berubah, takkan pernah berubah atau mempunyai keinginan untuk berubah tapi tidak kesampaian sebab pelbagai faktor.




"Kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak kata padah menimpa. " tak apa. selagi mempunyai masa manusia boleh berubah bergantung pada diri masing-masing.




Aku bukanlah ustazah dan bukanlah seorang yang begitu warak dan sempurna segala amalan tapi ini sekadar berpesan-pesan dan saling ingat dan mengingati kerna aku manusia kerdil yang hanya mampu berdoa agar semua umat Islam bersatu dalam memperjuangkan kepentingan Islam dan bukannya kepentingan dunia semata.



Ye. aku sedar aku juga banyak terleka dengan dunia, aku bukan siapa. banyak buruk dan kekurangan pada diri, doa-doakan lah aku untuk memperbaiki kekurangan diri ini. yang baik ambil sebagai teladan dan yang buruk jangan di ikut.




Mungkin juga Allah nak uji kita semua penduduk Malaysia terutama orang Islam yang semakin leka kian hari. Malaysia semakin hari semakin ditimpa pelbagai bencana, musibah yang pelbagai.








Aku tak suka dunia politik sebab politik yang semakin lama semakin menghancurkan Malaysia dari pandangan kasar aku. Eh, bukan salah politik tapi salah manusia itu sendiri. ( Boleh tak aku tak mengundi?! ok tak sampai umur lagi..) huhuu



Renung-renungkan dan selamat beramal. PEACE!!! ^^V




Notahati : Aku punya saudara-mara yang berkhidmat sebagai polis, kawan-kawan yang punya ayah polis, jiran yang juga polis dan lain-lain. Aku bangga dengan mereka yang berkhidmat untuk negara dan bukan kepentingan sendiri. Tapi aku agak tak gemar dengan manusia yang mengotorkan nama polis, bertindak ikut nafsu bukan akal dan niat bukan kerana Allah S.W.T. itu sahaja. Salah silap harap maaf, ini hanya pandangan manusia biasa yang ingin hidup aman di negara sendiri. Sekian terima kasih. :)



Comments

kim heeruul said…
gua nak komen pasal video polis tu..
orang yg join bende2 macam tu mmg bodo...bende tu kalo sokong pon bukan dpt apa..Just dunia je..akhirat? fikir-fikir kan la....^^
Akin Amar said…
kim : yup.itu pandangan lu..gua terima pndgn lu..pndngn gua lain..siyes mmg gua xsuka perhimpunan tu!, tapi gua tak berhak menghukum diaorang kalau gua xtahu hujung pangkal sebenar...xpela..bg gua senang je..biar Allah yang mengadili.. Allah itu Maha Adil..itu pndgn gua la kan..Peace! :)
amirulhaizad said…
keamanan dan kemakmuran Malaysia keutamaan..xmau la jadik perang2 nih

Popular Posts