Manicure & Padicure
Assalamualaikum,
Hai geng~
Sejak kebelakangan ni gua jarang updated entry yang ber-info sikit kan. Gua pun agak kemalasan tahap singa laut nak updated sebenarnya. Tak tahu la ape penyakit entah. hehee ;)
So entry kali ni gua nak share sedikit info tentang Manicure & pemakaian pewarna kuku dengan lu orang.
Secara jujurnya kan mesti ade sesetengah orang yang mempunyai pandangan buruk mengenai orang yang pakai pewarna kuku ni kan. dan secara jujurnya jugak, gua pun dulu pernah pandang sebelah mata jugak la, sebab pada pandangan kasar gua, memakai pewarna kuku itu adalah salah sama sekali. Tapi sebenarnya tak jadi masalah pun pakai benda tu, because benda tu boleh remove.
Cuma yang menjadi masalahnya kalau lu mati (meninggal) and tak sempat nak tanggal benda tu, tu yang jadi masalah. Sebab remover tak dapat membantu menanggalkan pewarna kuku tu dah.
Mungkin semua orang dah tahu pasal benda ni kan, gua just nak share mana tahu ada sesetengah orang yang tak tahu pasal hal ni kan. Kadang-kadang orang malu nak bertanya walaupun hal tu bagi kita remeh. hee;)
First-first setup barang dulu untuk Manicure (pembersihan kuku tangan)
Korang kena ada barang basic seperti berikut :
1. Pengetip kuku
2. Pengasah kuku - untuk membentuk kuku (lupa pulak nama saintifiknya)
3. Kutikel Cream - melembutkan kutikel
4. Kutikel Remover - membuang lebihan kutikel
5. Buffer Cream & Pengilat Kuku - mengilatkan kuku
6. Massage Oil - mengurut tangan (sampingan)
7. Pewarna Kuku
Agak-agak kena bagitahu macam mana nak guna bahan-bahan manicure tu tak? hee malasnya nak explain, tak apa la demi lu olang gua share jugak.
1. Ketiap kuku mengikut bentuk yang bersesuian.
2. Asah kuku menggunakan pengasah kuku bagi membentuk kuku yang telah dipotong agar kelihatan lebih kemas dan menarik.
3. Meletakkan sedikit(sikit je ok) Cream Kutikel di atas setiap kuku dan usap perlahan-lahan sehingga rata, kemudian lapkan dengan kapas basah.
4. Meletakkan sedikit Kutikel Remover di sekeliling kuku dan kikis kutikel secara perlahan dengan menggunakan kayu pengikis dan kemudian bilas menggunakan kapas basah.
5. Meletakkan sedikit buffer cream di atas kuku dan usap sehingga rata. Kemudian kilatkan kuku menggunakan pengilat kuku.
6. Mengurut tangan menggunkan massage oit/ minyak zaitun pun boleh.
7. Sedia untuk memakai pewarna kuku.
Bagi yang tak tahu or yang selalu main bantai je pakai pewarna kuku tu, gua nak bagi sedikit info yang gua rasa berguna jugak la untuk lu orang guna.
Sebenarnya adalah lebih baik dan elok kalau bagi mereka yang nak pakai pewarna kuku, korang kenalah mulakan dengan memakai BASE COAT terlebih dahulu. sebab base coat ni fungsinya melindungi kuku korang daripada rosak/retak akibat memakai pewarna kuku tu.
After BASE COAT barulah pakai pewarna kuku mengikut warna pilihan kalbu.
and Last sekali barulah memakai TOP COAT iaitu untuk mengilatkan lagi kuku korang tu.
gua ni tak ade la hebat sangat, lagi-lagi kalau pakaikan orang pewarna kuku, memang hancur lebur la kan kuku orang..hee macam yang atas ni. hee ;)
anyway Selamat Mencuba!!! ^^
Notahatigua : Kalau nak solat, remove pewarna kuku tu dulu ye kawan-kawan, sebab tak sah kalau ambil wudhuk pakai pewarna kuku. Sekian dari saya akinamar. :)
Comments