11/11/2014 - When you finally LETGO of the past, something better comes along. :)

Tuesday, June 12, 2012

Dulu dia kau puja..

Assalamualaikum,
Hai korang~


Panas! (sambil tiru gaya fazura dalam pisau cukur)

( Tiba-tiba yang sangat tibatiba mak jemah macam nak mengarang puisi pulak!
Eh, silap! mak jemah nak tulis surat layang untuk kawan laaa)




Dear Kawan,


Kalau dulu dia kau puja, dulu dia lah intan dia lah permata. Sekarang???
Walaupun ada benci dalam hati, jangan la sampai memakan diri.
Penah dengar tak "what u give, u get back". So just let him go...


Kalau mula-mula kenal dulu nak jentik pun rasa sayu je, tapi sekarang bila semuanya dah ke penamat kau jentik sampai terpelanting, terpele'ot kau.


Mula-mula aku rasa dia silap banyak dari kau kawan! kemudian aku rasa kau jugak silap banyak! conclusion masing-masing ada silap sendiri yang banyak! cuma macam mana korang meng-ekspresikan silap masing-masing yang banyak tu.


Kau terlalu emosi, meluahkan rasa cinta kau. Walaupun kau caci walaupun kau hina, aku nampak sayang kau yang banyak tu. Tapi dia perempuan, hati perempuan sangat halus secekal mana pun dia, kata-kata kau pasti menghiris hati dia dengan banyak sangat sangat sekali. Ye! hati kau juga terluka banyak sangat tapi kau lelaki. Ye! memang tak ada beza lelaki dan perempuan..terluka tetap terluka!


Aku rasa kau lebih pada tak rasional bila meluahkan bukti yang kau rasa sangat kejam! Memang tak semua orang akan paham, tak semua rasa apa yang kau rasa. Tapi hati siapa yang tak pernah sakit, tak pernah terluka. Aku pun pernah terluka yang banyak, tapi luka aku lebih pada diam. Marah aku hanya sesaat mendapat berita luka.


Bukan sebab aku tak ada perasaan. Aku nampak seperti senyum ketawa tapi realitinya lebih banyak menangis dari itu. Dia cakap tak nak buat perempuan menangis. Tapi dia orang pertama yang buat aku menangis. Apa aku boleh buat?? sebarkan kejahatan dia, aku tak sanggup! sebab penah ade rasa sayang, aku tak sanggup lukakan hati orang yang aku pernah sayang. Aku relakan dia kerna takdir. Dengan doa semoga dia bahagia, lebih dari aku. *kenapa boleh masuk cerita aku pulak ni?!


#Back to story


Malu lah dengan orang sekeliling kau. Kau puas bila orang hina dia? caci dia? lihat dia jahat? *itu kau marah! bukannya kau rela dia diperlakukan sebegitu kan. Aku tak sebelah dia atau kau. Kau kena kuat kawan! Nampak sangat kau lemah bila luah kan terus pada semua orang apa kau rasa, dan buat orang fikir dia sangat teruk. Dia salah, dan kau jugak salah!



Slow Talk dan berbaik lah. Time mula berkawan cara baik, so akhiri dengan cara baik la kawan.
Peace yo!! ^^V



Yang tulus mulus ikhlas,

AkinAmar


No comments: