Tentang dia yang tak dipedulik.


Suatu ketika dulu..


Dia seorang budak yang suka pakai tudung bulat yang pemalu, tak reti bercakap, tak pandai senyum, pendiam dan sangat sepi. Dia jugak budak yang sentiasa tak dipedulik. Dia lebih kepada bayang-bayang yang orang tak tahu siapa. Setiap tingkah laku yang tak dipedulik sangat menyedihkan hati. Tapi dia diam, dia tak kata apa-apa. Dia pujuk hati sendiri hampir setiap hari. Dia tak menangis bukan dia ego, tapi dia tak reti untuk menangis.


Ah. mungkin dia budak skema yang sangat tak up-to-date pasal trend semasa. Paling dia sedih bila kawan-kawan dorm (perlu ke dia bahasakan sebagai 'kawan'?) berpakat nak keuar ramai-ramai dalam bahasa up-to-date nya 'hangout', dia paling tak di ajak. Sedihnya rasa hati, alasan paling best bila mana mereka fikir dia akan keluar pakai baju kurung/ jubah dan memalukan mereka semua dengan ke kampungan nya. Ah. alasan orang-orang yang sangat up-to-date. Dia terasa hati tapi dia masih lagi diam, dia pujuk hati untuk kembali ceria untuk diri sendiri. tapi dia masih sepi. Kadang-kadang orang palang/ boikot dia tanpa dia tahu punca atau sebab. Walauapapun, dia masih terus disitu sebab dia masih ade kawan baik yang kisah pasal dia, yang susah senang dengan dia. Dia tahu itu, tapi dia masih lagi tak reti nak sebut kata sayang untuk lebih hargai mereka yang dia sayang. Dalam sepi, masih lagi ade kenangan yang dia rindu.


Bila alam remaja menjengah. Dia mula belajar..belajar bercakap, belajar bergaul, belajar untuk lebih senyum, belajar pakai baju cantik-cantik, belajar pakai mekap dan belajar semuanya. Dia belajar berkawan semula. Semua benda tu buat dia lebih gembira, buat dia rasa dia masih wujud, buat orang lebih nampak dia lebih dari bayang-bayang dia. Itu usaha dia yang orang tak perasan (ah.itu tak perlu pedulik).


Dia rasa sangat gembira bila orang terus-terusan nak berkawan dengan dia. Bila orang yang dia tak kenal mengaku kawan, bila kawan yang tak pedulik pasal dia mengaku bestfriend, bila orang yang dia tak rapat ajak keluar persis kawan baik. Dia terharu, dia terharu sangat! Dia hanya mampu senyum di akhirnya. :")


Tak kurang yang tegur..nak cantik macam dia, nak dressup cantik-cantik macam dia, nak kurus, tinggi semua macam dia. Dalam hati dia bersyukur, Alhamdulillah. Sekali lagi, dia hanya mampu senyum di akhirnya. Apa pun, bersyukurlah dengan setiap apa yang kita ada. Usaha untuk ubah sesuatu yang baik itu sangat akan mengembirakan kelak. :)


Siapa dia???





















Inilah dia. AkinAmar :)



i just want to share this, just for fun...don't take it serious ok. 


Honestly, dia bukanlah orang yang cantik dan orang yang pakai baju cantik-cantik. Sebab dia hanya orang biasa yang suka untuk nampak cantik. Dia jugak orang yang masih tak pandai bercakap, sebab tu dia menaip. yang dia pandai hanya senyum seketika, kendian hambar tanpa arah tuju.(she really-really don't know how to act make herself comfortable in some situation) Satu lagi, di sebalik cerita dia belajar makeup pun sebab mak dia yang suruh, kata mak sekurang-kurang kita ada something kemahiran yang boleh tolong kita satu hari nanti kalau kita susah. Terima kasih mak! *hugs*


Perihal kawan-kawan. Dia memang tak ramai kawan, tapi dia ramai kawan baik. Yang dia sayang jauh ke dalam hati. Kawan-kawan yang akan menggembirakan bila dia sedih, kawan-kawan yang tolong dia bila dia susah dan kawan-kawan yang akan stalker blog dia bila dia updated entry entah-ape-ke-benda (sebab dia bukan blogger femes yang buat orang lain nak jenguk blog dia dengan kerap selain kawan-kawan.) Itulah "kawan-kawan yang kita suka".


Selama ni, aku selalu kata, aku tak pernah berubah. Realitinya setiap manusia itu berubah dari semasa ke semasa. Kadang-kadang bila aku rasa aku dah semakin matang, masa tu jugak la aku rasa aku sangat kebudak-budakkan, sensitif dan sangat pelik. dan yang penting kau, aku, semua orang berubah. Yang membezakan adalah masa kita berubah kan. kata orang, pengalaman yang selalu akan mematang dan mendewasakan kita :)


Comments

:) kamoo sangat kuat semanangat. kagum!
saya_arief said…
hai cik retis. wiwitttt.
kirim salam kat dia tu eh. haha
:P
Unknown said…
due2 pon saaantteekkk ^-^
Anonymous said…
i told u already...=)
sy apy tgk awk bahagia =)

Popular Posts