11/11/2014 - When you finally LETGO of the past, something better comes along. :)

Thursday, February 28, 2013

Cinta.

Assalamualaikum,
*tak jawab dosa, kalau jawab sayang!


Usai kelas, katil pertama benda yang aku cari. Melepas lelah di katil kering. Aku dongak, syiling aku pandang lama. Memang hobi di waktu terluang.


Ah. Setahun dua tahun kebelakangan nie, hidup aku hanya dengan dia. Kemana pun dia yang meneman walau hanya di telefon. Walau tak pernah bibir nie mengaku tatkala kata sayang dia luah, realitinya memang dia yang satu di hati. Yang selalu buat aku senyum sampai terkesan di hati.




Hanya kesilapan masa lalu buat bekas ex-girlfriend dia datang menuntut hak. Puas aku tolak segalanya, keburukan yang di lempar aku biar sepi. sebab aku percaya dia. Sayang sangat ex-girlfriend pada dia buat  aku ambil keputusan untuk berundur. Aku percaya pada jodoh. Aku undur diri walau dia tak rela.


2 3 minggu, aku kembali single. setiap hari aku masih macam biasa, melayan korea penghibur hati, membaca penulisan kesukaan hati dan masih juga disini. bezanya kini handphone kembali sepi. Bilik yang selalu bingit bunyi menjerit handphone aku makin tidak kedengaran. Tatkala itu, satu yang aku perasaan. Kawan selalu pasang lagu rindu yang terkadang buat aku syahdu. Ah. perasaan.


Ah. aku rela. serious! ok aku tipu. Dia diam, begitu juga aku. Penat memujuk agaknya. Nasib masih ade crush yang aku minat. Seminggu kemudian, berita duka sekali lagi aku terima. crush sudah berpunya. Ah. berganda sedih. dipenjuru katil aku menangis teresak-esak tapi hanya di dalam hati.


Dia kembali menangih sayang, katanya hanya aku yang dia sayang. InsyaAllah kalau masih ada jodoh kita aku terima. hidup kembali berbunga tapi pengakhirannya masih belum aku tahu ;)



p/s : Ada gembira, ada rasa bosan. Itu kehidupan. :)\

No comments: