UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)
Assalamualaikum. Hai.
tak jawab dosa, kalau jawab sayang!
Ok. Geng bagpackers ke Singapore kembali! walaupun ini sejenis cerita berjanggut tapi gua nak updated jugak! hehee Sorry geng I'am to busy, busy tak buat apa-apa. dan busy tak ada internet. hahahaaa Ok. trip kali ni semestinya ke Johor to Singapore, kitaorang decide naik kereta je iaitu dari 27.02.2015 sampai 01.03.2015. Sebab dah lama sangat gua tak tahu nak mula dari mana.
Bismillahirahmannirahim.
Saya mulakan dengan perjalanan kami pada hari Jumaat. Oleh sebab ada yang kerja, jadi kitorang decide untuk gerak ke Johor malam. Abang Nazmi as a Pilot (driver) akan pick up kami di ERL Putrajaya. dan untuk malam pertama weolls stay dekat rumah transit UITM Johor Baharu (semestinya ada member yang kerja UITM).
28.02.15 (Sabtu) : Singapore
Universal Studio Singapore
Plan asal sebenarnya kami ber-5 iaitu akin, wawa, chik, efa and abang nazmi without hafsyam tapi oleh kerana last minute efa cancel jadinya hafsham terjoint la kitaorang. Daripada tiket tu di bazirkan lebih baik la tambah seekor kumbang lagi, barulah berbaloi-baloi! auw. hahahaa
Hah. sebelum aku lupa harga tiket masuk kitaorang RM198 iaitu termasuk bas pergi balik + tiket masuk USS + voucher $5 sourvenior + voucher $5 food. Tapi kalau korang yang ada duit lebih dan sejenis malas beratur panjang masa naik game outdoor korang boleh la beli tiket express, RM 240+ macam tu tak silap (kalau silap tolong betulkan saya). Excited sangat kot! Macam biasa seawal pagi dah kena bangun, mata memang la macam anak cina masing-masing... so Jom usha apa yang best dekat USS ni.
Setiap kali datang USS benda yang paling wajib adalah berselfie di depan main entrance ni. Bebola USS yang di belakang kitorang ni, dia agak berputar 360 darjah jugak la. Jadinya korang akan hanya ada dua pilihan; iaitu tunggu dia berpusing dan snap cepat-cepat or kau kejar dia 360 darjah! fullstop. hahahaa ;p
dan bila korang dah masuk dalam USS ni korang boleh jadi semacam tergamam dan tak tahu nak jalan mana dulu. Jadinya kami decide redah je mana-mana. So, let check it out..
Transformers for Ride. Dorang siap naik dua kali kot benda ni, best memang best! cumanya aku ni benda pusing-pusing ni pening sikit, jadinya dorang naik, aku pun ber-gambor leww ate-nye. hehee Sini memang banyak tempat cantik-cantik kalau korang nak bergambar. Serious nice. ;D
alone.
bila dah duduk sorang-sorang jadi mereng jap! hehee ;p
model wannabe.
Palace World Premiere.
Sebelum ni, depan ni diorang ada buat persembahan dance tapi aku sempat tengok last-last je. Dekat area sekitar USS ni, memang banyak show dorang buat, just korang kena alert dengan waktu persembahan je kalau nak tengok.
Street Show Time!!
macam-macam jenis cartoon ada, shrek, madagascar, jurassic, pinocio, etc.
Water World.
Antara tempat yang paling best dan yang di nanti di USS ni adalah dia punya Water World Show. Siap ramai giler kot yang beratur dekat depan pintu masuk. eh. nope. depan gate masuk. Betapa benda ni di nanti-nanti. Seriously live depan mate korang dia buat aksi lagak ngeri. dan bagi mereka yang duduk depan-depan sangat, diorang bakal kena air yang dasyat. Kitaorang duduk sedang-sedang tempat je, so kena renjis-renjis je. hahaa Hah. mahu bagi berapa bintang ya? Saya bagi 5 bintang!! pom! pom! pom!! hehee ;D
nampak tak dia punya excited tu? hahaa ;p
dan ini dia punya ramai?.
ajet ajet fokus. hahaa
Jurassic Park.
Dinasor belaan kami. tu yang nampak jinak tu. hee
muka-muka bakal kena simbah air. ;p
Dekat mana ni ek? Jurrassic Park kan?! Lupa pulak mak jemah. hee Kalau korang tak nak basah, boleh la beli baju hujan untuk protect baju yang cecantik tu. Lupa lagi, berapa dolar entah. hahaa $2 kot. entah. hahaa Dia ada banyak jenis, beli yang murah-murah sudah. (murah-murah dia kalau convert ke duit Malaysia mahal jugak. hikk ;p
epic.
Kalau korang tanya aku tempat mana yang paling best, aku vote tempat mumia tu. Acamne nak eja ek? Alaa...yang cerita the mummy returns tu. memang awesome gilosss! terbabommmmm!! hahaaa over!
Dia punya best! cenggini la rupa excited dier...hahaa
Yang aku perasan banyak giler (giler lagi!)...hahaa ok sambung. banyak giler tempat cantik-cantik yang kau akan berhenti untuk snap gambar. snap. snap. dan. snap lagi! hahaaa tempat-tempat cool macam dekat London, tempat macam Fairytale, Dinasour, Pinoccio, Mumia dan macam-macam lagi. Sebab faktor usia, aku agak lupa nama tempat-tempatnya lagi. ha.ha.ha. harap faham. ;p Jom layan gambar ala-ala syok sendiri aku ni.. hehee
Kisah dongeng Putera Katak.
Castle Shrek and Princess Fiona.
You know why 'SHREK' is the best Fairytale? cause in some fairytale, the princes and the princess are perfect. but in SHREK it teaches us that imperfect people can still have their own happy ending.
Hollywood. here we are!!
Hafsyam. Kau rasa kau model kereta? hahaa ;p *gurau je*
Ada hafsyam je, semua mata akan fokus pada dia.
please, we are still here...
*lelambai tangan sambil jengkit-jengkit kaki. hahaa ;p
hah. letak gambar sorang baru orang nampak cik akin. hahaa
qu puteh. qu puteh. barulah putih. puii. lighting over!
bajet candid sangat cuolls..
Lunch time!
Untuk lunch or makan-makan, makesure korang carilah tempat makan yang halal ok. Tak semua tempat makan dalam ni halal. Jadi hati-hati la. but don't worry, kalau korang ambil brochuren/ maps dia. Ada info tentang tempat yang halal and non-halal. Searching-searching ok.
yang belakang tu posing maut! hahaa ;p
Madagascar punya tempat! Budak-budak mesti suka tempat ni! hee
Selfie beramai-ramai. Muka masa masing-masing dah penat.
tak nak lepas! best kot!!
tak puas jalan dah kena paksa balik!
nak beli sourvenior pun rush. mencik! grrr~
Tips : Untuk barang-barang berharga ada locker yang di sediakan. and ofcouse la kena bayar. Tapi mestilah korang nak bawak hp and camera untuk tangkap gambarkan, jadinya kalau korang simpan barang sekejap dalam 45 minit tak silap dalam loker korang takkan di charge.
Untuk voucher sourvenior $5 tu sebenarnya hanya boleh di gunakan kalau belian kau melebihi $35 dolar sahaja. Jadinya aku telah menyedekahkan pada abang nazmi la. sebab nya aku hanya beli sebatang pen dan fright magnet je. Jimat, ongkos tengah tak ada time ni. hahaa
Bagi yang beragama Islam, dekat sini dia sediakan tempat solat and sebenarnya dia open prayer punya tempat. Yup. but don't worry lelaki dan perempuan asing dan korang di sarankan bawak telekung sebab tak ada telekung yang di sediakan.
Lagi satu, toilet dia jenis tak ada paip. Aku paling tak faham concept toilet tak ada paip. Aku syak, dorang nak jimat air. Jadinya aku sarankan korang wajib ada botol air kosong untuk di gunakan waktu emergency. hee ;D
Overall, USS memang terbaik! best terbabommm!!! game dia pun best dan yang bagusnya aku perasan dia ada buat zone friendly untuk orang kurang upaya seperti lif kecil untuk naik tempat-tempat yang santai-santai sikit. Bagus la. dan sebenarnya banyak lagi kartun-kartun yang aku lupa nama, hah Sesemet Street pun ada (camne ek eja?) yang itik warna kuning tu and kawan-kawan dia warna biru, merah, hijau dan macam-macam lagi kartun best-best dekat situ. Satu hari macam tak cukup pun ada. hee ;D
01.03.2015 (Ahad) : Johor Baharu
Kuso Art - Festival Layang-Layang - JOHO - Johor Premium Outlet
Kuso Art :
Untuk hari terakhir kami decide untuk mulakan hari dekat Kuso Art. but before tu kitaorang pergi makan Kacang Pool yang famous tu dulu tapi tak ada mood pulak nak snap gambar time tu. Aku ingatkan kacang merah, rupanya macam isi sardin dan dia letak telur sebijik cicah roti. Not bad, sedap!!! nextime boleh datang lagi, dengan orang tersayang pulak. eh. hahaa
Kuso Art ni macam Museum Trick Art dekat I-City, Shah Alam bagi yang pernah pergi. tapi dekat sini tak berapa banyak, jadi sebab tu kot masuk dia lagi murah dari dekat I-City tu iaitu RM20 sahaja untuk satu hari (unlimited in and out). Dia adalah sejenis tempat yang kau boleh tangkap gambar seolah-olah gambar tu real / hidup. Let's check it out...
Angel.
cuba buat kerja nakal.
dan gambar tu mengajuk kau! hahaa ;p
Muka acah-acah takut yang tak berapa menjadi.
Abang Nazmi cakap macam gambar senyum je... haha bedal!
bersungguh kau tarik. hampir tercabut kepala wawa! heh. ;p
Jangan bergerak! alahaiii..comel sangat kucingnya tu pun.
The End.
Hahaa macam tak jadi je. Tak kelakor!
Takut ngat. ;p
macam tak jadi. tapi buat-buat jadi je ok. haha
Sweet. Friendship Forever ya!
Letting go of someone is hard but moving on is harder. Yup. but past is past. Selagi kita boleh baiki apa yang silap, apa yang kurang. Jom kita baiki sama-sama. Hari semalam takkan boleh berputar kembali, but jangan lupa hari ini masih ada untuk kita betulkan hari semalam. In sha Allah. Be positive. Be happy. Be healthy. :)
Festival Layang-Layang Antarabangsa :
Octopus gergaji.
Layang-layang gergaji bersepah-sepah dari pelbagai negara uolls. Macam-macam jenis, corak, colour, dari kecik-kecik ke besar-besar-besar. Macam burung merpati banyak-banyak pun ada, cantik!! Memang rezeki kitaorang la dapat tengok. Ada yang layang-layang yang dia gerakkan guna tangan pusig-pusing tapi nampak macam guna remote control pulak. Daebak!
Jemah. tengok apa tu jemah?
Wanita gergasi! nampak tak aku punya tinggi tu macam mana? hikk
JOHO & Johor Premium Outlet:
Di Johor Premium Outlet memang agak banyak kedai brand-brand yang kau akan rambang mata. Aku sempat la beli sehelai dua baju, cukup-cukup duit poket yang tinggal dalam purse. haha sedih! Tapi tak sempat pulak tangkap gambar.
Di JOHO Shop pulak kitaorang usha-usha tak ada yang best sangat, harga pun agak mahal (duit dalam purse tak cukup untuk beli apa-apa). hahaa Jadinya snap-snap, balik! ;p
Usha-usha, singgah cukup syarat. hee ;p
wawa, kenapa awak comel sangat?!
ekin, sebab kawan dengan awak!
eh. ;p
Penat dah taip panjang-panjang. Last but not least, macam biasa tiap kali kalau pergi trip dengan abang nazmi mesti dia kan buat tentatif. Jadinya, inilah tentatif dan harga sepanjang kitaorang dekat sana, kalau korang tengok kitaorang tak ada lah ikot exactly. Sebab kalau berjalan dengan abang Nazmi ni, dia sejenis suka plan bagi nampak. Senang kita nak agak perjalanan kitaorang macam mana.
*double klik-klik untuk tumbesaran*
Percutian kali ni walaupun jumlah 3 orang jugak, but i have so much fun! Best sangat-sangat! USS awesome! Daebak! *Pihak USS sila bagi komisen dah puji melambung sangat ni. please. hahaa ;D
Next trip?
xoxo
AKINAMAR.
Comments