Keputusan MUET pertengahan 2011 dikeluarkan Isnin ini

2011/06/09

KUALA LUMPUR : Keputusan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi Pertengahan 2011 akan dikeluarkan pada Isnin ini, 13 Jun, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.
"Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUETdan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut," katanya dalam kenyataan di sini," hari ini.
Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my.Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.

Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011. - BERNAMA

Notatangan : Ok. aku dengan jayanya malas nak taip, so aku copy paste je ni.ngeh3~ So korang boleh la usha dekat link sumber atas ni ye. Good Luck pada korang yang ambil Exam Muet ye ^^

Comments

Anonymous said…
good luck :)
Akin Amar said…
syra : tq dear..;)

Popular Posts