This is all about FUNNY
Assalamualaikum.
Hai kawan-kawan ;)
Ok. Cerita hari ni tentang Funny..apa yang Funny-nya kan? hee Funny adalah kucing kesayangan kami sekeluarga. Funny is everything. Funny penghibur dikala sepi, funny peneman dikala keseorangan, funny pengacau dikala kebusy-an. Funny ni kadang-kadang dengar cakap dan kadang-kadang sangat-sangat degil! grr~;p
Port lepak dia yang selalu memang dekat katil comel aku la kan. Akibatnya memang aku bengang dengan si Funny ni la kan, pengdengki utama ni..time-time aku nak online la dia nak tidur la hape la kan..memang mak aku beli katil ni untuk dia sorang (seekor) tidur..;p Cuba tengok gambar bawah ni, betapa dengkinya tak kasi aku online, semata-mata nak tidur dengan aman dan jayanya. Baik punya landing atas laptop aku, siapa ajar entah!;p
ok. Bila aku tolak tepi, jentik-jentik sikit telinga dia..baru dia berganjak. tu pun masih dengki (tak dengki tak sah dia ni), tak dapat tidur atas laptop, tidur atas mouse pun jadi la kan...itu bukan tikus la ching(kucing)! itu tetikus!;p
ok..dah kena marah dengan aku baru la tidur tempat lain, tu pun menyelit-nyelit jugak tepi aku nak tidur. adeh! tak paham la kucing seekor ni. Rumah ni bukan main bosar bapak aku buat memang khas untuk dia lepak mana-mana dia suka (ayat perli). Kalau iye pun, pergi la cari tempat lain. Kalau katil aku besar tak pe, ni katil single je. Adeh! Memamng sangat-sangat tak paham haku dengan kucing seekor ni..
Tapi bagus jugak dia ni tidur, kalau tak tidur dia suka memekak tak tentu hala. Padahal dah bagi makan minum cukup. Sampai kadang-kadang aku kunci dia kat luar bilik, pandai-pandai la kau hidup. Nasib aku baik, kalau tak dah lama aku kunci luar rumah..hahaahaa (tetiba rasa nak gelak kejam!~) ;p dia ni akan berhenti memekak tak tentu hala kalau orang peluk dia..nak manja-manja la tu..macam bawah ni.
Kadang-kadang aku free boleh la layan dia ni manja-manja. Kalau 24jam nak manja-manja tak kuasa aku nak layan, mengada! hahahaa;p Siyes! tak pernah aku jumpa kucing se-mengada ni. Gedix! Dengil! Peng-dengki! Hahahaaa apa-apa pun SAYANG FUNY!!!! #lupa mahu bagitahu Funny adalah kucing Betina ya.;)
Yang paling bagusnya Funny ni, dia akan kejut orang pagi-pagi untuk Subuh dan dia sangat pandai untuk berak dan kencing dalam bilik air. Kadang-kadang tu, aku yang kena ambik turn nak buang air dengan dia ni.hahaa kelakar je. dan dia sangat-sangat kelakar that why la nama dia Funny ;)
nOtahati : kadang-kadang rasa gila sorang-sorang lak bila aku selalu marah dan cakap-cakap dengan si Funny ni.hehee redah je la..:)
Cop-cop sebelum tu, ada lagi satu story kelakar, kalau aku nak bagi si funny ni makan aku kena bagi dia nampak dengan bijik mata dia yang aku ambik makanan baru untuk dia. Padahal kadang-kadang aku pura-pura je letak, padahal senduk kosong. haha Demand kucing ni, tak nak yang lama, lemau katanya. gasak la kau kucing~...Malas nak layan lebih-lebih. hehee;p
#ok itu saja bebelan aku kali ni.
Terima kasih sudi baca!:)
Comments
munira: hahhaaaa kucing itu cumill..eleleh,xsuka ke takut kucing munira uit?..;p
juju: same la!:)