11/11/2014 - When you finally LETGO of the past, something better comes along. :)

Thursday, September 01, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri - AkinAmar



Assalamualaikum
Hai geng~



Dah seminggu lebih aku tak online dan agak lama tak updated apa-apa. Nak updated pasal aku teman budak gila yang sangat cerewet pergi shopping rasa macam dah basi sebab kalau cerita sampai esok pun tak habis. So kita story pasal raya je la terus ye.


Firstly, aku nak ucap :


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN ^^


kepada semua kawan-kawan dan blogger tersayang..







Raya tahun ni merupakan permulaan baru bagi aku. Aku nak tutup buku lama dan bukak buku baru. Tahun ni aku sangat excited nak buat kuih raya, excited nak pakai inai semperna raya ni, excited nak buat ketupat, excited nak tunggu berbuka buat kali terakhir, semuanya aku excited la kan senang cerita.



Tetapi dalam kegembiraan nak beraya, kesyahduan pun ada. Tahun ni, aku hilang ramai orang yang aku sayang tapi aku terpaksa lepaskan. Pemergian Arwah Tok Mun sangat dirasai kami sekeluarga, tanpa kawan baik aku dan tanpa orang yang aku pernah sayang.



Semua tu ada hikmahnya, sebab disebalik kesyahduan aku temui orang-orang yang menggembirakan aku, aku jumpa dia yang aku boleh tunjuk baik buruk aku depan dia, kawan baik yang betul-betul ikhlas berkawan dengan aku susah senang semua bersama (insyaAllah). ^^' Apa-apa pun, aku dah maafkan korang semua yang pernah buat aku terluka. Sebab aku tahu, aku pun banyak buat salah dan tak ada siapa yang boleh lari dari buat silap kan. Tak ada siapa yang sempurna kan... so 0-0 ok. SAYANG KORANG SEMUA!! ^^





This is all my LOVE ^^




and this is my big big FAMILY!
sangat happening dan sangat best beratur kutip duit raya! hee^^'



Notahati : Sebenarnya banyak cerita raya yang aku nak share, tapi tak tahu nak mula dari mana. Nanti ada idea lagi aku updated k.hee k daaa ^^



No comments: