Akin ke Pulau Boracay, Filipina

Assalamualaikum.
*tak jawab dosa, kalau jawab sayang!
Hi semuaorang!!

Lamanya tak updated blog. Banyak tempat nak share tapi tak ter share. Dari pergi mabul sampai la dah beranak pinak cucu cicit lamanya.hee over! Hmm kita nak mula dari mana ye? Nak akin share trip yang mana ni? Boracay, Philipine boleh? Trip last minute aci redah.


Plan utama nak ke Bangkok oleh kerana teringin nak tawan Khao Yai, sebab nak tawan hati awak asyik tak lepas. cia cia ciaaa eh. hehee Harga tiket flight pun agak mahal dan kekurangan masa, kami decide untuk tukar ke Mersing pula dan seorang Rubiah pun ketika itu baru renew pasport jadi mengelakkan tak lepas ke luar negara kita ke dalam negara je la, tapi akhir sekali ke Boracay juga kite tanpa sengaja. Berbulan plan nak bercuti, akhirnya 2 minggu before pergi jugak yang baru decide nak kemana dan beli tiket. Seminggu before pergi baru booking hotel dan usha tempat menarik. Perangai sangat.

Sejujurnya Boracay tak pernah ada dalam senarai, tapi ceritanya seorang asyikin yang nak bercuti tapi tak tahu ke mana telah memaksa seorang rubiah mengusha harga tiket yang affordable sebab last minute. Cuti pun 3 hari. Jadi jom akin share last minute plan kami.

Harga flight AirAsia book 2 minggu before pergi, tanpa makan dan luggage kami dapat RM257. Jadi perjalanan 3hari 2malam yang santai bermula!


Day 1 : 17/8 

10.40 am : Flight dari Kuala Lumpur - Kalibo International Airport

02.35 pm : Touchdown Kalibo International Airport.

Sebab main aci redah, keluar je airport kita carilah transport untuk ke Caticlan Jetty Port. Keluar je depan airport tu memang banyak la bapak-bapak ibu-ibuk (alamak ini bukan indonesia la kin!) sister brother yang offer service transport ke Caticlan Jetty, Boracay Island.

Alkisah, untuk pertama kalinya memasing bawak luggage tak tau pasaipa, pergi 3 hari ja weyh. Jadi untuk memudahkan perjalanan kami ambil van sekali transport sampai ke hotel. Apa yang kami buat, sebelum sampai kami search dulu harga-harga yang sepatutnya untuk transport di Boracay ni. dan sila jangan tanya berkenaan simkad sebab kami bercuti tanpa internet luar selain wifi hotel. Jadi kami screenshort siap-siap and print segala maklumat yang perlu. Ok. nah aku share harga-harga yang di tawarkan untuk service transport ke Caticlan Jetty Port.

Harga Transport / seorang :
P500 : Calibo Airport (Van) - Caticlan Jetty (Boat + Enviroment Tax) - Boracay Midtown  Hotel (Tricycle).

P250 : Calibo Airport (Van) - Caticlan Jetty (Boat)

Hasil Carian Google :
Van from Airport to Jetty P200, Boat P25, Enviroment Tax P75, Terminal Fee P100, Tricycle P55 (P110/2) : P455

03.00 pm : Kami memilih service transport dari Calibo Airport ke Boracay Midtown  Hotel terus di sebabkan oleh luggage yang kedabak malas nak fikir. hahaa Calibo Airport ke Caticlan Jetty by Van - 2 jam, dari Caticlan Jetty ke Boracay Island by Boat - 15 minit dan dari Jetty Boracay Island ke Boracay Midtown  Hotel by Tricycle - 15 minit. Total dalam pukul 6.00pm juga kami sampai hotel.

sesungguhnya ini bukan boat kitaorang.

 Kami punya boat macam kapal layar pun ada, yang belakang tu.



Ok. Meh aku explain sikit berkenaan station-station yang ada di Boracay Island ini iaitu terbahagi kepada 3 station :

i. Station 1 - Hotel Mewah. Lebih kepada private beach gitu dan pasir pantai lebih halus.
ii. Station 2 - Hotel Sederhana Mewah dan meriah.
iii. Station 3 - Hotel Bajet / Backpacker dan pasirnya lebih kasar.


Awal-awal aku dan bagitau ruby tak nak hotel bajet sebab aku nak bercuti santai-santai. Dan masa kami pergi ni, Boracay adalah musim hujan jadi kami aci redah dan berdoa semoga di permudahkan perjalanan kami. Kalau hujan, kami terpaksa bercuti di dalam bilik hotel. Jadi kita prepared for the worst, kami ambil hotel yang comfortable tapi still dalam lingkungan murah.

Ini lorong masuk ke hotel, dia agak ke dalam sedikit dan Landmark hotel ini adalah berdekatan Hospital. Rajin-rajin lah baca review tiap kali korang book Hotel ye. Supaya senang mencari.

Boracay Midtown  Hotel

Aku book hotel di Traveloka - https://www.traveloka.com/en-my/. Harga untuk 2 malam adalah RM190. Jadi seorang RM95. Bilik hotel dia best comfortble, clean, receptionist friendly dan yang pasti kedudukannya ditengah-tengah antara D'Mall dan D'Talipapa.

9.00pm : Kami keluar cari makan dari lunch tak makan. Aku suggest korang beli nasi lebih atas flight supaya boleh buat makan lunch dekat Boracay. Kelemahan di Boracay ni adalah makanan halal. Kami cari punya cari berdasarkan carian google yang sudah di save dalam handphone. Tak jumpa. Alhamdulillah kami terserempak dengan manusia-manusia baik di bumi Boracay ni. Alimar dan Jenny sangat baik hati tunjuk kami tempat makan dari D'Talipapa (hanya buka sampai 7pm sahaja) sampai patah balik ke D'mall (Restaurant Arab). Sempat jugak berborak panjang dengan diorang. Diorang cakap bahasa English aku dan Ruby senang nak faham berbanding sebelum ni diorang jumpa orang Malaysia lain. Mungkin sebab aku dan Ruby guna easy word je.haha

 Alimar dan Jenny

Makanan dekat Restauran Arab ni memang mahal teruk Bihun Goreng P280, Nasi Arab - P540 dan Air Minuman P150. Selesai makan kami jalan-jalan pantai.

Restaurant Arab, D'Mall

Malam di Station 2 ni sangat meriah, korang sebenarnya tak perlu risau tentang pakej. Berlambak dekat pantai pakej-pakej ni boleh tawar-menawar lagi. Kebanyakkan brother-brother yang jual pakej mesti sebut Malaysia bila nampak kami. Maknanya mesti ramai orang Malaysia yang datang ke Boracay ni kan. Aku agak je. hee Alhamdulillah rezeki kami cuaca baik dan jumpa orang yang baik-baik yang boleh bantu kami di Boracay ni. Permulaan hari pertama yang baik, walaupun kaki kami hampir tercabut masa cari makanan halal. 

Transport Airport to Hotel - P500
Food P970/2 -  P485
Hotel RM190/2 - RM 95

Total Burn Day 1 : P985 + RM95 = RM193.50

Day 2 : 18/8


9.30am - Hari yang penuh rileks. Untuk kali ni, kami decide untuk buat Helmet Diving dan Zipline + Cablecar.



Kami book siap-siap pada hari pertama datang. Sebab dah agak malam baru sampai hotel, kami decide untuk ambil pakej dengan brother yang hantar kami sampai hotel. Agak mahal harga yang dia offer pada awalnya dari yang aku Google. Jadi aku mengeluarkan skill negotiable aku yang telah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia tawar-menawar ni. Jadi dapat la P4500/2pax. Aku masih tak puas hati sebenarnya, bagi aku still mahal sebab dari carian aku sepatutnya bawah P1800/pax boleh dapat. tapi apakan daya aku dan ruby budak baik yang tak sampai hati nak menolak. Kami ambil jugak

 Kami bermula dengan aktiviti Zipline + Cable Car.


 Ini paling excited sebab tak pernah try lagi. Bestttttt!!! 
tapi lepas tengok video ni baru rasa seram sejuk. :D 

Kami jumpa geng dari Malaysia masa naik Cable Car ni.

 View Boracay Island dari atas.

Selepas Zipline kami terus ke Helmet Diving. Untuk pertama kalinya jugak aku try Helmet Driving. Harga dekat sini agak murah berbanding dekat Malaysia. dan kami naik boat dari pantai Station 1.





Selepas selesai helmet Driving, kami berjalan-jalan di pantai sambil menikmati Jonah's Fruitshake yang superb sedap teruk. Korang wajib try di Station 1 ni! Harganya P100 untuk sebotol, berbaloi-baloi. Aku paling suka flavor Banana!!! dan ruby suka Manggo!!! Yup. yang paling famous adalah Mango Fruitshakenya.

Ruby sampai termimpi-mimpi. Eh. yeke? :p 


Setelah selesai, kami kembali ke Station 2, kami direct terus ke D'Talipapa Market. Satu-satunya kedai makan halal yang murah dan sedap bagi aku terletak di kedai Kim-Nor Souvenior Shop ni. Korang jangan keliru pulak, ini memang kedai souvenior dalam masa yang sama ada jual makanan halal sehingga pukul 07.00 pm sahaja. Kami berkira-kira nak makan seafood dan suruh makcik ni masak tapi apa kan daya, harga seafood sini agak mahal bagi aku.

Korang boleh cari kedai ni di D'Talipapa Market for Halal Food.

Nasi dia agak sikit jadi kami mintak extra, quantity untuk nasi adalah 2 cup setiap sorang. Lauk yang kami pilih adalah ayam masak blackpaper kot ni, telur goreng mata kerbau, jantung pisang masak lemak kot dan Mangga masam 3 biji (P50) yang aku beli di tepi jalan. Nak beli mangga pun aku tawar menawar tau! hahaaa Total lunch adalah P274. Murah tu. Yang kuning tu Nasi Arab yang tak habis semalam. Kami bungkus makan di Hotel je, dan itu adalah alas cawan kami guna sebagai pinggan.


Lepas makan kami berpillow talk, heart to heart dan petangnya kami turun ke pantai semula untuk ber swimming!!! Dan aku selaku perenang kampung, memang aku dah prepared 2 google renang dari rumah. hehee Sambil berenang sambil layan view, so beautiful. 

 Tahukah anda bahawa laluan belakang hotel kami ada satu lorong kecil yang akan tembus ke pantai. Jadi tak perlu la jalan beribu batu untuk ke pantai.



Ini duyung bukan dugong ye. Heh.


Dan malamnya pulak kami berjalan-jalan sekitar pantai buat terakhir kalinya untuk beli sourvenior untuk di bawa pulang. Aku sangat teruja bila berjalan dekat pantai yang meriah malam-malam. dan Kagumnya bila jumpa macam-macam art yang unik dekat sini. Baju yang di lukis live atas permintaan customer dan Rantai nama ni juga salah satunya.

Live drawing atas baju.

Nama yang di buat menggunakan dawai besi.

Helmet Diving + Zipline + CableCar - P2200
Lunch P274/2 - P137
Jonah's Fruitshake x 2 : P100/each

Total Burn Day 2 : P2437

Day 3 : 19/8
Tak puas lagi Living la Vida tapi sudah di panggil pulang. 
kok gitu. (aduh! gawat. Indonesia lagi aku ni!)


09.00 am - Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan pulang kami. Alhamdulillah turun je Hotel ade Tuktuk. Demi Jonah's Fruitshake kami sanggup pusing sekejap ke Station 1. Harga tuktuk pun jadilah P250. Dah sama harga dengan Jonah's nya dah. hahaa

gambar gegar sebab tricycle bergerak. 

9.30 am : Kami tiba di Jetty Boracay Island sekali lagi di datangi oleh orang-orang yang menawarkan service transport sehingga ke Airport. Kami ambil yang P250.


 Sofia the Beruang Travel!!!

Tahukah anda bahawa di Filipine mereka mengenakan Airport Tax sebanyak P700, jadi jangan habiskan semua duit korang ye.


03.05 pm : Flight pulang ke Kuala Lumpur.

Fruitshake Jonah's P210/2 : P105
Tuktuk ke Jetty P250/2 : P125
Jetty ke Airport : P250
Airport Tax : P700

Total Burn Day 3 :  P1180

Total Burn untuk 3hari 2malam adalah RM555. Hotel, Transport, Helmet Driving + Zipline + Cable Car, Makan dan Airport Tax. Kalau korang perasan ada blog-blog yang dapat harga yang lebih murah. Yup. sebenarnya korang boleh dapat lagi murah dari ni. Kami termahal di Restoran Arab dan aktiviti sepatutnya boleh dapat lagi murah. Tapi memang tak rugi dan sangat best walaupun just short vacation.

Pergi beg ringan, balik beg berat di sebabkan faktor baju basah. Jadi bawak-bawak la timbang bag tu dan jangan confident sangat macam kami ni. heheee my 2cent peringatan.

Untuk pengetahuan korang juga, dekat sini dia pakai sistem tips jugak. Apa-apa semua tips. Kalau dia bawakkan beg kau pun kau kena bagi tips. Bagi yang bawak bagpack tak ada masalah la biasanya. Yang bawak luggage besar gedabak tu yang pelik. hahaa kami la tu :p



Itu sahaja percutian pendek kami. Harap-harap dapat membantu korang!! Byeeeee :D

Comments

Popular Posts