Cerita Hari Jumaat Gua.



Assalamualaikum,
Hai geng~


Hari ni hari jumaat, tapi gua rasa macam hari minggu pulak. Mana taknya, hari ni gua habis kelas awal giler kot! datang pukul 8 pagi balik pukul 10 pagi. Membazir minyak je kan! Tapi kira ok jugak la cikgu nak lepaskan balik awal. Itu pun sebab cikgu tahu anak-anak murid cikgu paling liat nak datang kelas hari Jumaat *termasuklah gua. Lagi-lagi dekat-dekat nak Raya Haji ni, semua bagi alasan nak balik kampung. hee



Dah rasa macam budak-budak sekolah yang poteng sekolah pun ada jugak. Sebab gua dengan jayanya menukar baju gua yang kunun nya diaorang cakap lawa padahal gua buat tidur je baju tu kot. *ok tipu! hahahaa ;p



dan oleh kerana hari ni cikgu lepas awal, semua orang kelihatan sangat cantik kot! Untuk kesekian kalinya gua makeup datang kelas. Sila percaya yang hari-hari gua pergi kelas sangat selebet sebab gua hanya pakai toner and moisurizer je. hee ;D
*tetiba gua rasa sangat cantik pulak hari ni. tapi gua lagi suka tengok muka gua tanpa makeup. sekurang-kurang muka gua nampak jujur sikit dengan parut jerawat yang bersepai-sepai. <--sebab tu tak ada yang ngorat gua! noktah. haha;p



Notahatigua : gua bagi bintang untuk suara kak Eika yang sangat sedap hari ni! gua bagi bintang dekat Zira sebab sudi ambik gua pagi tadi dan bawak kitaorang serong dengan kereta dia, gua bagi bintang dekat puteri sebab dia sangat amoiii hari ni (*lu selalu buat gua nak kenakan lu kan puteri hahaa dah la gua ni nakal sikit.hehee;) dan last but not least bintang buat Zai selenge yang suka sangat bukak lagu inggeris dalam kereta *katanya nak tolong gua improve gua punya bahasa Inggeris. terimakasihbanyakbanyak la zai atas keprihatinan lu pada gua.hahahaa ;p



Comments

Popular Posts