11/11/2014 - When you finally LETGO of the past, something better comes along. :)

Thursday, September 13, 2012

Please, don't judge me!


Assalamualaikum, 
Hai Malaysian.




Firstly, aku nak mintak maaf banyak-banyak andai ada mengguris hati mana-mana korang.


Secondly, aku sangat terkejut bila orang cuba judged aku dari pandangan facebook dan blog aku.
ok. aku bukan lah orang yang suka judge orang. Maybe kau penah jumpe aku depan-depan, pernah bercakap dengan aku 2 3 4 5 6 kali. Itu tak bermakna kau kenal aku lebih. so kau tak kenal aku, and aku pun tak kenal kau lebih. Tak salah kau menilai aku dari pandangan mata kasar. sebab nama pun manusia, sentiasa akan menilai semua yang ada depan mata.Tapi jangan melebih je. 





Do i look like talk-active?? nope. sebab aku tak pandai bercakap la aku menaip. Sebab aku tak pandai marah la , aku pendam. Sebab aku tak sampai hati melukakan lah aku menjaga  hati kamu kamu. paham? Aku tak marah, cuma kadang-kadang rasa annoying gile.



Satu perkara lagi, marah aku hanya sekejap. Sebab aku ni pelupa yang banyak, so kalau buat silap kau mintak maaf esok aku dah tak ingat. Don't worry. Sebab benda remeh aku tak suka besar-besarkan.


Satu hal juga, jangan pernah harap sesuatu yang perfect dari aku. Sebab nanti mengundang kecewa. Aku tak secantik gambar, aku tak seramah tulisan-tulisan di blog ni, aku tak seperfect mana yang pasti.


Aku just manusia biasa yang kadang-kadang bahagia teramat dan kadang-kadang sedih menggunung. Maybe aku sentiasa nampak jiwa kacau di facebook tapi bila berdepan maybe korang akan musykil dengan jiwa kacau aku tu. Sebab facebook kadang-kadang bukan hanya perihal aku yang aku share. Aku share kawan-kawan punya kesedihan dan kegembiraan. :)


Maaf, kalau aku dah buat korang salah faham yang banyak pasal aku. ^__^


1 comment:

ima said...

memang susah kalau nak jaga hati org lain. biarlah org nak nilai diri kita cmner. asalkan org2 kesyangan kita tau kita siapa ikin. ;)

enjoy ur life and keep praying. =)