Aku Mahu Berubah.



Aku anak manja ayah yang ayah paling sayang. Aku di besarkan dalam keluarga susah tapi kasih sayang ayah buat ke-susahan hidup kami hanyalah sedikit bagi aku. Ayah kerja siang malam cari duit untuk keluarga tanpa kenal erti lelah. Sampai satu ketika ayah dah jarang balik rumah. Aku tahu, ayah kerja kuat. Walaupun aku dah jarang nampak ayah, tapi sekali sekala bila ayah ada depan mata, ayah masih sepeti selalu. ayah yang aku kenal, yang penuh  kasih sayang.



Makin lama makin jarang ayah pulang ke rumah, bulan berganti bulan kelibat ayah sangat jarang aku nampak. Sebulan 2  3 kali sahaja ayah pulang. Mak pula, aku perasan kerap menangis sendirian. Kadang-kadang sedang masak pun mak menangis. Bila duduk sendirian pun emak menangis. Hati terdetik untuk bertanya, tapi aku tak sampai hati. Takut tersilap kata. Akhirnya aku dapat tahu, punca ayah jarang balik. Ayah sudah kahwin lain. 



Perasaan tatkala itu hanya Tuhan yang tahu, betapa luluhnya hati aku. Sampai hati ayah buat emak macam ni. Apa salah mak pada ayah? aku tak nampak silap mak di mana-mana? tidak pernah sekalipun ayah balik, mak tak hidang makanan untuk ayah. Mak layan ayah macam raja. Setiap pagi, maklah yang akan sediakan baju kerja ayah. Kalau mak sakit, mak masih masak untuk ayah, kata mak ayah hanya suka makan masakan emak. Masakan emak tiada tandingannya bagi ayah. Bila ayah susah, cukup sekadar mak di sisi. Mak terlalu sempurna di mata ayah. Tapi kenapa tergamak ayah buat mak macam ni?



Ayah, pendorong aku untuk berjaya. Ayah, semangat aku! Hilangnya ayah, hilanglah semangat aku. Aku mula kenal syurga dunia. Aku mula memberontak! Rokok aku hisap bila aku stress. Pil estacy aku telan bila serabut. Itu semua sudah sebati dengan aku. Keluar rumah tanpa tujuan, itu memang rutin aku. satu dua tiga pagi baru aku balik dengan kepala gila. Abang menggantikan ayah, tapi cara abang pujuk aku bukan seperti ayah. Abang ajar aku dengan pukulan?! Sekali, dua kali dan makin aku memberontak makin kerap abang pukul. Ah! kau sama je abang! Otak dah kena estacy ape aku kisah, tak ada rasa. 



Flat Sri Sabah Cheras jadi rumah ke-dua aku. Remy orang yang membawa aku ke situ. Hukum haram aku dah tak kenal lagi. Segala ilmu agama yang ayah ajar masa kecil semua jadi kosong, gelap. Dunia aku kini hanya penuh keseronokkan. Dunia lebih banyak buka mata aku, ayah bukan lagi satunya yang aku sayang. Lepas remy, sam, boy, wira, JD, dan ramai lagi yang aku jumpa yang buat aku rasa nikmat dunia.



Aku tipu mak, entah berapa juta kali aku tak ingat. Bukan aku yang tipu mak! Tapi dunia yang tipu mak! ayah yang tipu mak! bukan aku!!!!! Sampai satu masa mak jatuh sakit. Dari hari ke hari mak semakin kurus. Dua tiga kali mak masuk hospital tapi doktor cakap mak hanya demam biasa. 



Dunia moden tak dapat lagi bantu  sakit mak. Abang bawak mak pergi berubat secara tradisional. Mak kena buat orang (santau). Makcik (mak tiri) yang buat mak. Dia dah ambil ayah! dia nak ambil mak pulak?!! Rupanya makcik yang tak bagi ayah pulang ke rumah. Dia ugut ayah. Sampai satu ketika, ayah terpaksa balik senyap-senyap. Ayah jadi orang yang paling lemah depan makcik.



Walaupun sakit, mak tetap gagahkan jugak diri untuk bangun solat setiap malam. Mohon petunjuk. tapi aku?? Aku baru tersedar sesuatu. Aku sedang di uji. tapi aku sudah jauh terpesong. Kawan baik zaman kecil tidak lagi percaya pada aku. Aku mahu berubah, tapi bila? *diam.tiada jawapan...



  PS: Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Bertaubatlah selagi kita masih di beri kesempatan untuk hidup. :)

Comments

Apih El Nino said…
Best! Simple, tapi sangat mendalam maksudnya :)

Popular Posts