11/11/2014 - When you finally LETGO of the past, something better comes along. :)

Friday, March 01, 2013

Celaru.


kawan baru pulang entah dari mana, makan mungkin. seplastik kertas di hulur pada aku. aku sambut, oh buku yang dia ambil dari senior untuk aku. terima kasih. di bawah lantai hujung sudut kanan katil, dia duduk jauh termenung. kemudian dia ubah ke hujung sudut kiri katil pula. dia bangun, dia kemas katil. dia baring.


perlahan dia lurut bantal ke bawah lantai, dia bangun dari atas katil dia baring di bawah lantai. dia panas mungkin. jauh dia renung bawah katil. aku toleh seketika. lagu cinta aku tuju buat dia. masih tidak berubah.


ini mesti perihal sang pujangga yang dia suka, aku teka dalam hati. kali ni dia betul suka. yang peliknya apa yang dia frust aku tak sure pula. aku biarkan dia terus diam membisu dengan dunia yang dia sendiri reka.



p/s : kawan, ini baru bab 1 buku baru. trust me. Semoga bulan Mac, bulan baik untuk kita. InsyaAllah :)

No comments: