TANJUNG KARANG 3H2M


Assalamualaikum,
*tak jawab dosa, kalau jawab sayang! :) *




Trip 3 hari 2 malam di Homestay Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang (T.K). Memang Awesome! Firstime jejak kaki dekat sini, dan dengan sekali gus terjoin program ni. Nak lari dari kesibukkan bandar Muadzam. ok tipu, Muadzam tak hiruk pikuk pun. hehee Nak menenangkan fikiran dan jiwa yang katanya gundah gulana. realease tension gitu~



Kami dapat keluarga angkat yang sama. YEAAAA!!! Wanie, Tirah, saya dan Bihah. Keluarga Ayah Narsan & Mak Atiyah. Hari pertama yang banyak kepada aktiviti santai berehat di rumah keluarga angkat. dan sedikit taklimat untuk aktiviti esoknya. 



AKTIVITI HARI KE-2 : 


Aktiviti hari ke-2 agak best sangat! pengalaman yang tak dapat aku lupakan, bestttt!!! orang bandar masuk kampung cenggini sikit le ropenye.hehehee ;d Dari awal pagi pukul 0900 pagi kitaorang di bawak pusing satu kampung melihat hasil tanaman orang kampung seperti jagung, tebu (dapat minum tebu fresh-fresh lagi! awesome) walaupun selalu je dapat beli dekat pasar malam,tapi dekat sini nak cakap lagi fresh jugak! hehee Kitaorang pergi bendang sawah padi, kami di ajar menuai padi, eh bukan tuai tapi nak panggil ape entah! lantak la~ hahaaa 


Lepas tu yang paling aku excited, tangkap belut! firstime seumur hidup pegang belut tu..siyes teruja gila!! geli tapi nak tangkap jugak banyak-banyak dan berjaya!!hehee andthan mancing ikan keli. yang ni agak menci! sebab semua ikan keli sabotaj saya! dah 4-5kali umpan aku kena curik dengan ikan keli..jahat betul! dan last, sukaneka yang buat pinggang aku hampir patah! muahahhax


Lupa nak cakap, malamnya pulak kitaorang buat anyaman, aku belajar buat keris dan belalang dari daun kelapa tu.(waney cakap bukan daun kepala, tapi daun palas!hehee hentam~) yea!! yang penting, balik kampung time raya nanti boleh berlagak dengan adik-adik sedara! #eh hahaa ;d


muke di pagi hari!


 first, semua pakat berebut naik trem padi. dan kemenangan berpihak pada team gugurlz. ting!ting!ting! *tepuk tangan!* hoyehhh~



atas trem.


 at SAWAH PADI.


 ini aku panggil, budak semangat tak hingat! haha ;)


Ok. time ni, terpaksa la mengalah dengan time lelaki. 
So separuh dari gugurlz kena la naik van pulak. tapi style jugak! 
naik van, tanpa tutup pintu van. Siyes style gila! hahaa 


Ni time main tepuk amai-amai dengan belut-belut yang sangat manja tak terkata!hahaa
*padahal menjerit-jerit tak hingat masing-masing pun aduhai la nye! ;d



AKTIVITI HARI KE-3 :


Hari ke-3 tak banyak aktiviti sangat tapi still best! Oleh kerana family En Narsan last sekali sampai dekat tempat program, aku pun ambik keputusan main basikal dulu. So apa lagi, aku pun kayuh la basikal keliling kampung sambil usha-usha lembu-lembu di jalanan juga di kandang lembu sambil bermain kenyit-kenyit mata. hee cuak jugak! 

Then, dah penat kayuh berdesup aku ke tapak kayak pulak. Hari tu dah praktis dekat Uniten, so agak teruja gak la untuk tunjuk skill-skill hebat aku dalam berkayak. Alih-alih baru naik, baju dah habis basah lencun kena simbah air dengan diaorang yang lain. cis! berdebah! main kasar ya...Akan ku berjuang sampai ke titis yang terakhir. cewah. gitu semangat kau jemah~ kihkih  last-last memang la semua orang pun basah, so berenang-renang la kami semua di tepian sambil buat treatment muka dengan lumpur yang ada dalam tasik tu. dan hasilnya sangat memuaskan! SANGAT! hahaaa ;d


kayak time!


berkubang tak hingat namanya ni.hehee ;d


Anak-anak angkat En Narsan & Pn. Atiyah :)
Bihah, Akin, Wanie, Tirah
*wanie tu gaya dah rope orang nak nasyid je gayanye.hahahaa* 


 Balik dah lencun-lencun anak-anak family En Narsan di anak tirikan lagi. We'olls kena naik trak putih pulak. Dah betul feeling Miss World dah aku atas ni. Habis dekat semua orang kampung aku lambai penuh teruja dan gembira! *malu je~*


dan masa untuk PULANG~


senyum lebar-lebar rahsia awet muda saya! ting!hee ;)







 with Mak yang sangat baik dan peramah. :)




Memang sangat puas hati dapat join program kali ni. Berbaloi la rasa hati.hee Kepada Mak Atiyah dan Ayah Narsan, terima kasih banyak-banyak sebab jaga kami sepanjang kami di sini. Halal kan segala makan minum kami. dan kami doakan semoga mak dan ayah sentiasa dalam keadaan sihat selalu. dan tak lupa, abang bawak van dan abang faiz yang ambik hantar kami pulang dari rumah en narsan. kadang-kadang semua berebut tak nak duduk depan.hahaa lawak! InshaAllah ada jodoh kita jumpa lagi. :)


Comments

Popular Posts