KRABI, THAILAND

Assalamualaikum,
tak jawab dosa, kalau jawab sayang!

Sawadikap! kap kun kap!! medai. medai. hahaa 2 minggu sudah bergelar pengganggur tegar. jadi, apa lagi Holiday!!! Entry kali ni semestinya holiday gua ke Krabi, Thailand. Sawadikap!! Oleh kerana last minute, harga flight pun mahal. Kitaorang pun decide untuk naik bas. First plan kononnya time balik nak naik train tapi train last pukul 4:00 ptg, awal sangat beb. Jadi pergi balik kitaorang putuskan untuk naik bas dari Pudu Sentral, Kuala Lumpur ke Hatyai RM55 x 2 /each pergi balik iaitu Bas Sri Maju. Firstime gua naik bas yang seriously selesa. Kelip kelip mata dah sampai destinasi. Seriously rasa sekejap sangat.

Sebelum aku share cerita dekat Krabi, aku nak share dulu pakej yang kami ambil. Awalnya aku nak bagpack je and ramai kawan-kawan yang suggest pergi sendiri tak payah ambil pakej tetapi oleh kerana ada yang tak berani, aku pun ambil la pakej. Pakej kami selama 3H2M (phiphi island) iaitu RM530 atas persetujuan ramai. Bagi aku, okey je tapi yang tak best adalah masa. Masa yang sangat terhad bila naik bas. Sebab perjalanan korang akan jadi sangat lama. 


Day 1, 08-05-2015 (Jumaat) :

Danok - Safari (Elephant Trekking) - Krabi

Danok :

Yup. Trip ni selama 3 hari 2 malam, dari 8 hingga 10 Mei 2015. Jadinya kami telah bertolak dari KL pada 7 Mei pukul 10 malam. Untuk korang yang pertama kali naik bas, korang akan melalui dua imegresen iaitu pertama bas akan berhenti di imegresen Malaysia untuk scan pastport dan kali ke-2 bas akan berhenti di imegresen Thailand untuk scan pastport beserta beg baju korang.

budak kurus yang dah gemok.

Kami sampai di imegresen Thailand seawal 6:00 pagi dan di situlah kami turun, iaitu Danok! Yea!! Di imegresen Thailand ni ada wifi, so boleh la kalau nak guna untuk whatsapp sesiapa yang berkenaan. 

Keluar je dari pintu imigresen kitaorang pun berjalan la menuju ke Bandar Danok mencari hotel yang berdekatan untuk mandi dan bersiap-siap sebelum driver datang. 

Sebelum tu aku decide untuk beli simkad Thailand, korang boleh dapatkan dengan harga 100 bath dan korang boleh la mintak tolong abang kedai tu pasangkan internet sekali.

Kalau korang yang jenis pergi aci redah jangan risau dekat sini pun banyak teksi yang korang boleh naik.

depan kedai simkad

Untuk mandi-mandi and rest sementara tunggu driver ambik pukul 8 pagi kitaorang stay di Phi Phi Hotel (dari depan pintu gate imegresen korang straight je, dan hotelnya di sebelah watson) 200 bath sahaja untuk 2 jam.

Everyday is girls day!!!


Safari (Elephant Trekking)  :

 
budak gemok nampak kurus.

Sawadikap. Chan rak chang! Setelah berjam-jam-jam lamanya di dalam van, akhirnya kami sampai jugak di Krabi, Aktiviti pertama semestinya Elephant Trekking! Di Safari ni, selain dari elephant trekking, ada jugak baby elephant shows, elephant bathing and flying fox. Setiap aktiviti ni harga dia lain-lain. So, kami decide untuk buat Elephant Trekking untuk setengah jam sahaja iaitu untuk 1/2 hours : 400 bath or price for 1 hours : 800 bath. 


Perasaan naik atas gajah adalah seperti gempa bumi! hahaa ;p

Nama dia, pupil (something like that la). 

Pupil ni nakal, dia suka bawak kitaorang dua orang ni di lereng-lereng gaung. Perasaan dia sejenis gerun beb!! hahaa tapi best giler! Chan rak chang mak-mak!! (i love elephant more) ;D


Sebelum kejadian dimana gajah nakal menyembur air. puiiii hahaa 

Tips : Harga sovenier yang berbentuk gambar korang dekat sini adalah 150 bath tapi korang boleh la tawar-menawar kalau dia tak bagi, korang acah-acah je tak nak nanti mesti dia bagi harga murah punya. hee Good Luck. ;)


Aonang (Krabi) :

Sebelum sampai Krabi memang aku dah buat research makanan apa yang best dan wajib try dekat sini. Semestinyalah wajib rasa street food thai dia, antaranya pancake yasmeen (area pantai Aonang), somtam, mangga pulut putih, tomyam, ketam sambal, kueh teow, mee/mihum sup, nasi ayam sebab kawan aku kata rasa dia lain sikit dari Malaysia. Agak-agak sempat ke nak rasa semua? Yup. semestinya la banyak makanan yang tak sempat aku nak try. maybe nextime In sha Allah. 

Hoi Krok (Thai-Style Fried Seafood)

Benda pertama yang aku beli masa sampai Krabi ni adalah Hoi Krok (Thai-Style Fried Seafood) 30 bath/ 6 pieces. Dia semacam takoyaki jugak la, cumanya dia guna telur. Makan panas-panas memang sedap tapi tak di galakkan beli ketika dah sejuk. Makanan ni korang boleh usha dekat depan masjid yang tepi jalan warna putih (dari hotel kami dalam 5 minit je kalau naik motor). ;D



Sabai Mansion Hotel :

and finally we are here, Sabai Mansion Hotel. Best la hotel ni, ada aircond dan ada swimming pool jugak untuk mengasah bakat Pandalela renung memasing. heee ;D



Night Market at Krabi Town :

Time kami datang ni, ada Festival dekat sini. Jadi, adalah konsert dan macam-macam booth dekat sini. Night Marketnya bukan di Festival ni, tapi di belakang ceruk-ceruk belakang tu.hee tapi barang-barang dekat Night Market memang murah la. T-shirt Krabi boleh dapat 100 bath je and seluar yang corak tu 150bath! Heaven!!! hee

Best of Krabi!

Masing-masing adalah sejenis gila camera! hahaa

Bila tiba waktu dinner memasing dah collapse! hahaa
Sekian.


Day 2, 09.05.2015 (Sabtu) : 

Krabi - Phi Phi Island - Aonang Street Night

Phi Phi Island :



Seawal 8.30 pagi, untuk ke Phi Phi Island kami telah di jemput di depan hotel untuk naik tuktuk. Oleh kerana, selepas balik dari snorkelig kami beramai-ramai merancang untuk terjun ke dalam kolam hotel jadi makanya tak perlulah baju salin dan rasanya tak sempat kot nak salin baju. Rata-rata orang pun tak bawak baju salin, semuanya aci redah je gitu. hee


super excited!!

Untuk pakej Phi Phi Island ni, kami akan di bawa ke 7 tempat, 2 darinya adalah tempat snorkeling. Sebab apa aku prefer Phi Phi Island lagi daripada 4 pulau adalah kerana untuk 4 pulau korang akan di bawa ke-1 sahaja tempat snorkeling selebihnya korang akan di bawa melihat another 3 pulau. Bagi ada yang terkilan tak dapat pergi tengok Pra Nang Cave (dimana tempat peninggalan pemujaan) korang di alu-alukan ke Batu Caves for the real. wajib kot pergi! Seriously aku boleh bawak, tapi aku tak masuk la. hee ;p

Beautiful Philik Island. 

Pemandangan tepi Philik Island ni.

Seriously pulau-pulau dekat sini sangat cantik dan airnya sangat-sangat jernih. Katanya ramai jugak yang tangkap gambar weeding dekat sini. ah. sweet. 

Maya Island.


First. Let me take a selfie. 
(semua busy melawan laut yang bergelora)

Seriously untuk tempat pertama kitaorang snorkeling, aku turun sekejap je sebab dia punya ombak dekat laut buat aku tak boleh bernafas. 2nd time snorkeling barulah laut ok sikit, sempat la kejar-kejar ikan jap, asah bakat berenang-renang di tepian.

wajib selfie reramai pulak! hee ;D

memasing dah macam ikan Kap kurang oksigen je. hahahaa ;p

Setelah penat menyelam, tempat terakhir adalah lunch! makanan dia sedap! ayam guring dia pun sedap! spageti dia walaupun hanya sos kosong sedap jugak! tengah pulau ada spageti, kau mampu?! hahaaa Memasing makan tak hingat uolls!!hahaa dan Kelemahan main air ni adalah kau akan cepat penat , lapar dan kelebihannya adalah ia sangat S.E.R.O.N.O.K.!!! YEAAHHH!!! ;D


Pulau tempat berhenti makan pun cantikk!!!

Dekat sini ada jual sourvenior dan snack untuk pencuci mulut pun banyak. 
Yup. Pancake pun ada!!! :D

Lepas masuk air budak gemok jadi gemok balik! hikk


 
dan jugak semua pun sejenis masuk air jugak! hahaa ;p

Tips : Untuk korang yang pergi aci redah, korang boleh usha-usha pakej dekat Aonang street berlambak! naik motor dalam 5-10 minit je. Jangan takut untuk pusing-pusing Aonang tu okay! In sha Allah tak sesat punya. Orang dekat situ semua peramah peramah. :)


Aonang Street Night :

Permulaan malam kami adalah makan! Tempat ni, memang aku suggest la korang try, sebab dia sangat sedap!! Service dia pun sangat best, sebab owner dia baik bagi kami ketam lebih! Tempat ni dekat depan masjid warna putih yang kitaorang beli Hoi Krok time hari pertama. Kedai ni adalah berkonsep seafood, kira makanan bakar la. Korang pilih makanan laut apa korang nak, dia masakkan. Kami pilih ketam dan udang untuk dinner hari ke-2 ni. Benda yang susah adalah untuk explain nak masak apa, walaupun owner dia tahu cakap bahasa melayu tetapi sebutan perkataan dekat sana tak sama dengan dekat Malaysia. ;D

Ketam masak lemak cili api paling best!! 
(dorang panggil ketam masak curry kot, kalau tak silap) 
Tomyam pun best!!!


Selesai makan, weolls pun sewa motor. Harga dia 200 bath untuk satu hari. Apa lagi, overnight la kita! ha.ha.ha sebab kes kaki memasing tak berapa kebal nak berjalan, apa lagi. rempit la kite!!! Nasib majoriti boleh bawak motor. ;D 

Selfie di tengah-tengah Aonang Street ni.

Pancake chocolate. but I vote for pancake nutella! 
Range harga mengikut flavour, 35-40 bath. dan boleh jadi mahal lagi jugak. ;)

Pancake yasmeen tak sempat rasa, kita rasa yang dekat Aonang street ni pun ok la. Pancake dia tak sama langsung dengan pancake Malaysia, pancake sini dia ranggup. sebab tu la dia special! ;)

Tips : Untuk korang yang nak takut ketandusan duit or takut tak jumpa money exchange dekat Aonang ni or for emergency. Korang boleh la call hotline CIMB Bank semasa korang masih di Makaysia untuk aktifkan kad korang dekat Krabi, jadi korang boleh la gunakan masa emergency. tak payah la pegang duit banyak-banyak kan. masalah selesai, dan masalah tak selesai kalau dalam bank korang tak ada duit. haha ;p 


Day 3, 10.05.2015 (Ahad) :

Krabi - Emerald Pool - Hatyai

Yang aku perasan dekat Krabi ni banyak giler 7 eleven. Kalau agak-agak korang terlupa bawak sunblock boleh la beli dekat 7 eleven dia pun ada jual. Aku syak dia punya sunblock sangat banyak, sebab kitaorang tak ada la sunburn teruk, just sipi-sipi burn je. ;D

Bye! Bye! Sabai Mansion!

Mihun Sup untuk breakfast! :)



Emerald Pool :

Perjalanan ke Emerald Pool ni pun agak jauh berjam-jam jugak la. Aku suggest korang kalau nak pergi better siap-siap pakai baju mandi, jadi dekat sana tak payah la tukar dah. Jimat masa. Ingatkan masuk sini free, rupanya untuk foreigner harga masuk adalah 200bath. Dalam ni ada dua tempat yang korang boleh pergi, Emerald Pool and Blue Pool. Perjalanan nak masuk ke dalam agak jauh jugak la, boleh lenguh-leguh kaki berjalan. hahaa dan Oleh kerana masa mencemburui kami, kami tak tersempat pergi Blue Pool yang dengar-dengar orang cakap cantik gilos tu. Rugi-nya! ;(


Wakil perenang ber-irama Malaysia.

Apakah ini?




Dekat sini tak berapa nak dalam la bagi aku berbanding swimming pool dekat Sabai Mansion tu, kalau tinggi korang dalam 160m la. agak-agak tinggi korang macam chik, yang tak berapa nak tinggi dan agak tak berapa tahu berenang, di harap ada orang dewasa yang memantau la ye. ;)

walaupun memasing penat berenang dan berjalan, still maintain smile. :)

Ice-Cream Kelapa. sedap ngat!!! Saya bagi 5 bintang!!! 
30 bath je. ;D

Hatyai :

Perjalanan yang ber-jam jam di teruskan lagi ke Hatyai! Bas kitaorang pukul 7:00 malam, jadi selepas berpusing-pusing mencari tempat bas dan akhirnya jumpa. Sempat la jugak kitaorang jalan sekejap di bandar Hatyai ni, beli sourvenior yang tak sempat di beli. Ikotkan sebenarnya dan sepatutnya kami akan ke Floating Market, oleh sebab faktor cuaca dan jugak waktu kami tak sempaat pergi.


Kalau korang pergi Hatyai wajib singgah dekat lorong ni, sebab banyak jugak barang murah-murah dekat sini. Bezanya dekat Hatyai ni banyak Pig. Krabi banyak arak. Jadi, hati-hati je ok. Setiap kali nak beli makanan, korang wajib tanya halal atau tidak. :)

with Pakku our driver sepanjang 3h2m ni.

Alhamdulillah. walaupun macam-macam konflik di sebaik senyuman dan kegembiraan yang kami tunjukkan. berjaya jugak kami harungi dan tempuhi. Bagi korang yang nak sewa van, range harga dalam 13,000 bath untuk 3h2m. Krabi memang best!!

Banyak makanan yang tak sempat nak makan! Ice-Cream potong lagi! Lepas ni kalau pergi memang nak shopping and makan puas-puas banyak-banyak!! and naik flight!!hee Yang aku survey sebelum ni kalau bagi korang yang nak survey harga hotel  murah boleh usha di trivago, agoda pun ada. Dekat Krabi ni memang banyak hotel dan pakej yang korang boleh ambil jangan risau la! ;)

Thank a lot pada semua yang menjayakan trip kali ni. Segala salah silap dan kekurangan harap maaf. Walaupun banyak kali aku cakap, akau tak nak urus at da last aku jugak yang uruskan semua. Hahaa kelakar tapi inilah realiti. Sama-sama la kita perbaiki apa yang kurang dan lebih. Peace! :)

Semestinya, perkara pertama yang kau akan buat bila sampai Malaysia. 
Roti Canai kasi Banjir satu! hah. terlerai rindu!

Nota : Ok. untuk korang yang nak bajet belanja dekat sana berapa. Ni anggaran bajet bajet aku dekat sana iaitu untuk sourvenior + makan + masuk emerald pool + elephant trekking = RM 300. Pakej kitprang pulak RM530 iaitu driver van (Danok - Krabi -Hatyai) + penginapan + pakej pulau Phi Phi Island (lunch). Kos bas pergi balik KL -Hatyai = RM110. Kalau korang bagpack korang akan jimat banyak lagi la bagi aku. So redah je la weyh baru best! Ok. Good Luck! hee ;)

Masa untuk mencari kerja! Sesiapa ada kerja kosong untuk seorang Asyikin roger ok! :) 




xoxo
AKINAMAR.

Comments

Unknown said…
Syoknyaaa...nak pi jgkk..agak2 total blnja smua brapaa???
Akin Amar said…
eyka...total semua dalam RM1000 jugak la. tapi sebenarnya kalau pergi sendiri lagi murah... ;D
Unknown said…
Mandi kat krabi tu guna pakej eh ? Brp rm ek ?
kamal ikmal said…
Btl tu....rm500 pun tak hbs....

Popular Posts