ROYAL BELUM, PERAK




Disebabkan ekonomi yang sangat tidak mengizinkan untuk travel ke luar Malaysia, kami mengambil keputusan untuk habiskan tahun 2014 di dalam Malaysia sahaja. Yup. Our vacation kali ni ke 'Royal Belum', Perak untuk 2 Hari 1 Malam (25.07.2015 - 26.07.2015). Vacation paling peaceful dan rilex buat masa sekarang sebab kau akan rilex se-rilexnya dekat sini. Even time pergi Sabah haritu aku tak ambil pakej tapi kitaorang still kena bangun seawal pagi buta. Fine. Bercuti bermaksud rilex, tolonglah faham.....heh. ;p

Pakej percutian kitaorang kali ni under 'Belum Konspirasi'. Pakej aku ambil RM200 sahaja beb untuk 2hari! Ye. beraya atas houseboat la tapi, sebab time ni seminggu after raya. ;D Perjalanan kami bermula  malam Jumaat ke Kuala Kangsar, Perak dari Kuala Lumpur. Kami just pick hotel yang dekat untuk ke Grik dan murah. tapi ada je group yang tidur di RNR. Keutamaan kami adalah keselesaan dan kebahagiaan driver. ;)


25.07.2015 (Sabtu) :

Sebenarnya, masa kali pertama jejak kaki dekat jeti ni aku still tak dapat apa yang bestnya dekat sini? sebab join adalah sebab nak pergi holiday? sila terima alasan ini. ;D tapi view dia cantik.

Jeti Pulau Banding

Selesai solat subuh, kitaorang terus gerak pergi Royal Belum. Sesat sikit la, tapi jumpa jugak. Alhamdulillah. so our vacation start now!


Ini firstime pergi bercuti dengan wanie sweet, zaza dan ein. cechik, ahli tetap jalan rangers yang korang akan boring untuk tengok! harap bertabah la. heh ;p Diaorang geng #mudahterhibur yang menyeronokkan!!!

  
Sampai je, terus breakfast dulu dekat kedai makan tepi jeti. lapar. dalam haouseboat, dia ada sediakan breakfast roti-roti andthan agih-agih bilik, kemas barang dan rilex-rilex. Perjalanan kami di mulakan dengan melawat Perkampungan Orang Asli Seri Wangi/ Sg. Tiang di Royal Belum ni.

Our firstime cilling dekat atas houseboat.

Perjalanan nak ke satu-satu tempat mengambil masa 2 hingga 3 jam. yang sepatutnya tak ada la lama sangat disebabkan oleh enjin boat problem, jadi  kitaorang just chill-chill je la sambil menikmati keindahan tasik di Royal Belum ni. dan lagi satu sebab apa aku cakap percutian paling rilex adalah kerana sini tak ada line. Jadi korang boleh meluangkan masa dengan kengkawan, mengenal hati budi memasing dengan lebih rapat sambil menghayati pemandangan yang indah permai terbentang luas. sebab tu haritu after balik dari royal belum ni ade yang cakap, korang punya cerita 2 hari macam cerita 2 tahun. gosip~ hahaa ;p

lepak-lepak. gossip-gossip.

dan bila panas, kita tukar port lepak! ;D


PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SERI WANGI/ SG.TIANG

 

Ini pengalaman pertama aku masuk perkampungan orang asli, walaupun Bandar Muadzamshah (Pahang) ramai orang asli tapi aku tak pernah pergi pun. Chik bawak duit raya, jadi kitaorang share-share agih-agihkan la, semperna raya kan. Sebenarnya aku sehelai sepinggang je, sebab tak terfikir. (budak slow memang macam ni) maybe nextime aku boleh sumbang lebih. In sha Allah.  #LIVETOGIVE


THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET. :)
  

Eh. nope. yang duduk depan angkat tangan tu bukan orang asli. bukan. bukan. hee nakal! gurau je wanie. Itu wanie zainal comel! ;p  


AIR TERJUN SG KOOI DAN BUNGA RAFFLESIA


Air Terjun Sg Kooi.


Air Terjun Sg Kooi sangat-sangat cantik dan untuk ke dalam nie, kitaorang kena ber-junggle treking sikit. dan untuk ke kawasan Bunga Rafflesia kena daki atas lagi sikit dari Air Terjun tu. Masa kami datang ni, Bunga Rafflesia baru nak tumbuh. Baru aku tahu yang Bunga Rafflesia ni ambil masa 9 bulan untuk kembang dan jangka hayat hidup die lepas kembang tu hanya 7 hari.

Dah macam kelapa tua pun ada kan Bunga Rafflesia tu and dia punya texture pun agak keras macam kelapa, 



KAYAK DAN BAMBOO RAFTING
  


Sebelum water confident, untuk turun ke bawah, kau bukan boleh terjun sesuka rasa hati je. Tapi kau perlu lapangkan hati, belakangkan badan, tarik dalam dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan, lepaskan tangan dan berbaring atas air dengan jayanya. Perasaan aku time tu, seram sejuk ada kembang kecut pun ade. Erk. Makin lama makin teruk aku ni. Haritu time nak terjun dekat Air Terjun kemensah tu pun bertahun beb berdiri atas tu. tetiba rasa diri ni gayat teruk. Tapi at the last aku terjun jugak dalam air.



Water Confident.

Suka ek kau wanie, tolak orang. hahaa


After kiteorang berenang-renang ke tepian time water cofident tu, kitaorang berkayak-kayak ke hulu pulak. Memang awesome la! Ikut rasa hati nak ajak chik berkayah jauh-jauh sampai hujung ceruk sana tapi memandangkan time tu dah mulai senja dan nak maghrib kitaorang berkayak dekat-dekat je. View memang awesome!! cantik ngat.

 Ini betul-betul berakit-rakit di tepian nie, zaza and e'in. :D

Korang nampak tak asap dekat belakang e'in tu? Itu our chef tengah buat BBQ! Serius, dalam banyak-banyak makanan aku pernah makan time pergi travel (by pakej), makanan dekat sini paling best, sedap dan tak menghampakan! rasa nak belajar masak dengan tukang masak dia pun ada. Semua sedap! Tak ada satu pun makanan dia tak sedap! Semua superbbbbb sedap!


Malamnya, kitaorang BBQ and Karaoke. Sebab aku pemalu, aku piih lagu je tapi orang lain yang nyanyi. Kenapa dia tak buat Voice Confident (macam water confident) ek? so xada la aku macam memalu nak nyanyi. hahaaa ;D



 26.07.2015 (Ahad) :

AIR TERJUN SG. RUOK SANTUARI KELAH


 Super Duper Excited!


Untuk hari ke-2, we are here!!! Air Terjun Sg. Ruok, Royal Belum. Mandi-manda lagi!! dekat sini kena pakai life jaket sebab air dia agak dalam bagi orang yang tak reti berenang and kecik. For safety, semua wajib pakai!

Everyday is Girls Day!!!


Hah. nampak tak tu? Diaorang main loncat guna tali dekat air tu. Ikut hati macam nak try, tapi tula. Kekuatan time ni, tak berapa nak sado. hahaaa jadi aku mampu tengok jela. Sambil jet-jet pandai berenang and bagi ikan makan. Sini banyak ikan jugak, tapi ikan kat sini tak gigit kaki. ;)

Fall in love again.




  PULANG!!!


Bye Bye Royal Belum. Gonna miss you so much!

will mish you, hutan hijau yang cantik dan menenangkan.

 
 Friendship comes naturally.



peliks.



Alhamdulillah. I meet a new friend here, Hana. Say Hi tu Hana!!! Aku jadi a little bit closed dengan wanie, closed ke? hee sebab aku tahu kau ade abang angkat! kire closed la kan. Eh. hahaa Dapat kenal E'in and Zaza yang menghibur. Yang paling best dekat sini, makanan dia!!! Makanan dia memang aku bagi 5 bintang!! Sebab kalau pergi travel selalunya antara yang wajib di ambil perhatian, semestinya la makanan! Perut kenyang, hati senang beb. 

Antara benda lain menggembirakan dekat sini, adalah. banyak mr 'jodoh' beb yang kau boleh usha dalam diam. ganteng-ganteng semuanya. waduh bikin jantung orang-orang single macam weolls dup dap bedap bedap bedup. hahaaa benda wajib selain makanan, adalah mamat-mamat jambu beb! barulah percutian anda lebih colourfull and wonderfull. Ini idok, pergi travel tapi yang kau jumpa abang-abang kompius (trip mabul). eh. macam kasor je bunyi. gurau ok! gurau! hahaaa yang penting abang kompius best! kelakor! :p 

Tu yang buat rasa best semacam dekat sini, tapi yang slacknya time pergi Royal Belum nie, aku bukan dalam mood 'beautiful' dan menyakinkan, tu yang macam selebet-selebet. hahaa *hah. ade la tu yang nak mengata sis memang selebet. nah tumbuk! hahaa ;p Kalau ada yang berminat nak pergi royal belum, memang aku suggest 'Belum Konspirasi', korang boleh search je nama ni dekat facebook or instagram @belum.konspirasi. Till we meet again uolls. In sha Allah. keep in touch ya! (untuk yang jambu-jambu je ok, yang tak berapa nak jambu please unfriendkan diri sendiri!) hahaa :p

Tahu, ramai tunggu ekin update pasal mabul. In sha Allah nanti dah update saya share ye. Thank you gigih baca sampai habis! or maybe gigih scroll gambar till da end. :)


ANNYONG!!!!


THE END.

Comments

Popular Posts