AKIN KE PENANG
Assalamualaikum. Hai korang.
*tak jawab dosa, kalau jawab sayang!*
*tak jawab dosa, kalau jawab sayang!*
Rindu nak share story dengan korang. Akin ke Pulau Mabul later i wil updated ok! Sekarang masih mood di Penang mood pasembuq gitu. Kali ni, we are totally bagpackers. Dalam Malaysia je pun kan. hee Dengan bantuan kawan-kawan yang pernah pergi Penang, piqa and ana pompom thank a lot for ur information! Hasilnya jadual, transport, bajet semua susun sendiri. jadi excited dia tu memang lebih sikit la! Plan sebenarnya 6 orang and last minute 3 orang tak dapat join. Jadi terbanglah kami ke Penang 3 orang untuk 4 hari 3 malam 13 Nov - 16 Nov 2015 bersama flight AirAsia yang kitaorang beli bulan August return KL - Penang RM 82.26. Jom kitaorang nak share apa yang boleh buat korang excited dekat Penang tu. Jom!!
Ana, Awatif, Akin |
13.11.2015 (JUMAAT) :
Flight hari pertama 08:35am, jadinya macam biasa tidur di kerusi-kerusi airport la kami malam sebelumnya tu. We decide to take a bus bila sampai airport Penang. Landmark kami komtar, sebab kitaorang dah book awal-awal hotel dekat Agoda.com untuk 4H3M di Youth Wassup Hostel RM165.67/each. Perjalanan dari Airport Penang ke Komtar agak jauh jugak la, ambik masa dalam setengah jam lebih. Hah. harga bas RM2.70 je. Dalam pukul 11:00am kami check-in hotel, mandi-mandi bersiap gerak cari makan and we plan untuk ke street art.
Hah. time dekat Airport Penang tu, korang jangan lupa untuk ambil seberapa banyak pamphlet or brochure yang ada peta Penang and tempat-tempat best untuk korang jadikan panduan perjalanan nanti!
Mula-mula ingat nak pekena roti canai Jalan Transfer yang famous tu, cari punya cari tak jumpa pula setelah beribu-ribu batu berjalan sebab sesat. At the last, kitaorang decide untuk makan Nasi Kandar Line Clear (at Chawrasta). Nasi Kandar Ayam + Teh 'O' Ais = RM10.50. tapi tersilap makan kedai sebelah dia pulak. Lepas makan baru perasan. bedal je la. Perut pun dah kenyang, jadi moh ler kita ke street art ye.
a note : Tapi ke-esokkannya kitaorang ada borak dengan sorang makcik ni, dia cakap kedai Line Clear tu dengan sebelah dia tu adik-beradik sebenarnya. Dulu kedai yang sama, sebab bergaduh diaorang pecahkan jadi 2 kedai. Jadi dia kata makanannya pun sama la. Kesahihannya tidak dapat di ketahui. sekian.
dan Bagi penggemar kari dan rempah ratus rasa dia memang kaw kaw dan kari yang pekat likat la bagi aku. Bagi yang tak berapa suka dan biasa makan pasta carbonara, spagetti oglio olie dan sewaktu dengannya , korang pasti akan merindui kampung halaman walaupun baru sehari korang menikmati makanan Penang ni. hee ;)
STREET ART
Berpandukan peta di tangan, kami decide untuk naik bas dan elok je tunggu bus dekat dengan kedai Line Clear tu free shuttle bus pun tiba dengan jayanya kitaorang naik dan berhenti di Bus Stop No. 15 - Kampung Kolam. Jalan, pegang peta, usha peta, tak paham tanya orang dan jumpa! Terus Sewa Basikal sampai pukul 07:00pm, RM8.00 je uncle tu siap bagi peta, air dan gula-gula. Thank you uncle! :) Time ni pun dah petang pukul 03:00pm something tak silap ke 04:00pm? apa lagi, Jom ronda!
Excited kot! naik basikal ronda-ronda. Dekat sini korang akan jumpa banyak kedai sourvenier, and ofcouse la all about street art punya design kan. Ana pompom ada cakap, jangan lupa pi try Ais Kepal, famous dekat street art ni. tapi before tu, pi ronda cari art-art best dekat sini dulu la kan and do a 1 2 3 pose! and make your own art street caption.
"Que untuk masuk ke hati awak".
so kena ada 3 awak la, no share-share ha. ;p
"Ringan nya kakak"
"Kita akan ada sorang kawan yang mereng. Dia!"
Sebenarnya sangat banyak tempat yang cantik-cantik, yang vintage, hipster, pastel luna maya yang boleh korang snap. dan memang agak banyak lagi gambar yang telah kitaorang boom tapi biarlah ia menjadi simpanan hari tua sebagai our moment to remember. cewah. macam pergi honeymoon je ayat. sabaq no tak habis share lagi ni.
Penang ni memang mengekalkan bangunan lama. Even bangunan-bangunan bank dia pun cantik beb. 7Eleven punya bangunan kedai pun nice. Ah~
Ok sambung balik. Lepas penat berjalan, seperti yang di janjikan dari
awal, Ais Kepal! Yea! Harga dia RM3.00/each. Korang boleh campur perisa
tau and aku pilih sarsi. Sedap! Tapi sebenarnya boleh share untuk 2 orang kot,
sebab besar beb. Ais Kepal ni boleh di definisikan; ais yang di gumpal
menjadi bulat + di letakkan perisa dan di dalamnya ada sebijik asam boi. dan ngap! makan. :)
"The legend of Ais Kepal"
Air Kepal di Lebuh Armenian. Masa kitaorang duduk kusyuk makan ais kepal dekat sini, tiba-tiba depan penuh orang tangkap gambar. Awkward kejap. Serba-salah pun ada, sebab takut ganggu orang yang nak tangkap gambar dekat situ. Famous kejap. Foreigner, uncle, aunty semua duk snap-snap. Ada yang nak tangkap gambar sekali. Apa lagi, maintain beautiful la kami sambil menikmati ais kepal. wink. wink. ;)
a note : Ada sorang uncle cina ni share, dulu kecik-kecik masa balik sekolah dia selalu beli ais kepal ni. RM0.50 ke RM0.05 (lupa) je harga ais kepal ni dulu. Sekarang dah mahal sebab dah jadi tumpuan pelancong dekat Penang kot kan ke sebab sekarang 2015.
Sepanjang perjalanan di street art ni kitaorang jumpa 2 group yang
sangat peramah. Chinese group and Malay group yang ajak selfie reramai. Orang yang datang sini semua peramah-peramah, orang-orang sini pun baik-baik semua. Ke sebab sini Malaysia? ;)
Acheen Street Mosque.
Alhamdulillah. dalam pada nak cari stesen minyak, kitaorang jumpa masjid untuk solat. Dekat-dekat street art ni pun ada masjid yang korang boleh singgah untuk solat. so tak perlu risau lagi bagi yang muslim. :)
PERSIARAN GURNEY
Malamnya pulak, kami decide untuk pekena pasemboq menari dekat Persiaran Gurney. sebab dah lewat malam and tak tahu nak naik apa, kami pun naik teksi pergi Persiaran Gurney, kena la sorang RM10. Sebenarnya ada je bas pergi sana, kalau nak save budget better naik bas la.
Pasemboq menari ada ketam, sotong, udang cucuq RM30. Makan untuk 2 orang. Rasa pasemboq ni biasa je. Dia special sebab pakcik tu menari-nari rasanya kot. ;D
Pasemboq Menari penutup hari kami. |
14.11.2015 (SABTU) :
Plan kitaorang hari sabtu, berjalan-jalan naik bus Hop-On Hop-Off. Before datang Penang, aku usha dia punya website, time tu tengah ada promosi for MyKad holder RM5.00 (24jam) je beb. Harga asal RM19.00. Jadi kitaorang dah boleh jimat dekat situ.
Plan kitaorang hari sabtu, berjalan-jalan naik bus Hop-On Hop-Off. Before datang Penang, aku usha dia punya website, time tu tengah ada promosi for MyKad holder RM5.00 (24jam) je beb. Harga asal RM19.00. Jadi kitaorang dah boleh jimat dekat situ.
Laluan Hop-On Hop-Off Bus |
Bus-stop No : 08 (Komtar) |
Time awal-awal naik kitaorang terus pilih seat atas. Fefeeling pelancong sikit. Sawadikap! Kap Kun Kap! Chang Rak Tee Mak Mak. Heh. Naik je matahari, berdesup masing-masing masuk dalam. hee Jaga muka beb.
Turun je bus, kita makan dulu! Makan biasa-biasa je andthan baru usha tiket masuk. Tiket masuk Bukit Bendera hanya RM10/each. Yang bestnya korang kena naik train ni untuk naik ke atas Bukit Bendera tu. Best! Sebab duduk depan sekali, weolls fefeeling roller coaster la apa lagi! nasib tak ada jodoh. kalau tak.
Tempatnya agak besar la jugak kan. ke tak? kan la kan. sebab ada beberapa bahagian tempat. Ada flora, macam-macam lagi (tak ingat nama) dan korang boleh tengok view Penang dari atas ni! Serious cantik. Antara yang famous dan jadi tumpuan orang adalah "lock your love" (pepandai je bagi nama). Kau kunci cintaku la konsepnya beb, yang agak jenis sepi macam weolls ni ku kunci cintaku dalam doa je pun sweet kan kan.
the annoying side of wawa. ;p |
Instagram View : Sweet |
VS
Reality View : Peng-dengki memasing. :p |
Dekat sini pun ada jual sourvenior, kebanyakkan aku tengok harga sourvenior semua sama je. Habis je ronda, fefelling love. Kitaorang gerak ke Chawrasta pulak! Berjalan-jalan, sesat dan sambil mencari makan, kudap-kudap, beli sikit jeruk madu Pak Ali dan jumpa ruby. Yea! bertambah geng jalan.
Turun je bas, pekena TeoChew Cendul Penang Road Famous Cendol di Chawrasta dulu. Kalau korang nampak ada orang beratur panjang, hah itulah tempatnya. Kitaorang usha dari atas bas, so boleh agak la tempatnya tu. Harga berpatutan, RM2.50 tak silap. Bagi aku cendolnya just nice la, tapi kalau dia letak pulut, mungkin la akan menaikkan lagi kesedapannya (sebab kakak suka cendul pulut ;).
Satu hari yang pack, lepas mencuci mulut dan mata di Chawrasta kitaorang pergi ke Persiaran Gurney lagi untuk ambik race kit runs wanie zainal. 4 orang kot pergi ambil barang ko wanie. terharu tak? hee ;p
NASI 7 BENUA
Malamnya pulak, my longtime no see friend afiqmon offer nak bawak kitaorang makan Nasi 7 Benua. Kebetulan dia baru sebulan kerja Penang. Memang rezeki kiteorang la dia ada kat situ, sebab kalau tak dah give up dah sebab tempatnya agak jauh dari Bandar Georgtown dan dekat dengan airport (tapi rasanya tak ada bas lalu situ, ke ada?).
Untuk Nasi 7 Benua ni, memang berbaloi-baloi kot makan sini. Rasa nak tapau bawak balik pun ada. Kakak bagi 5 bintang! Nasi sedap! lauk sedap! semua sedap!! Memang recommended punya tempat la yang wajib pergi. Harga pun berpatutan.
Thank a lot affiqmon yang terpaksa tanpa rela mendengar suara bingit malam kitaorang. dan Thank for a longgggggggggggggggggggg night, tunjuk kitaorang jalan untuk ke Escape Park, ke Batu Feringgi. Nak jalan dekat Night Market Batu Feringgi memang masing-masing dah tak terdaya. Thanks pakcik. :)
15.11.2015 (AHAD) :
ROTI CANAI JALAN TRANSFER
Akhirnya hari ke-3 kami di Penang dapat jugak merasa Roti Canai Special Jalan Transfer. Bangun pagi terus mulakan misi mencari Roti Canai! Tengok gambar pun dah terliur kut.Terbaik! Sebenarnya senang je nak cari. Kalau korang masusk jalan transfer, korang nampak balai polis korang jalan terus je. Kedainya ada dekat hujung sekali, dia gerai tepi jalan je (bumbung biru).
Kebanyakkan tempat seperti Chawrasta, Jalan Transfer semua kitaorang jalan kaki je, sebab dekat je sebenarnya semua tu. Cuma korang kena tahu direction. Bila asyik duk sesat plus usha dari atas bas, tu yang baru nampak semua jalan. Kitaorang perasan kedai roti canai jalan transfer ni pun time naik bas hop-on hop-off hari sabtu semalamnya.
Ayamnya empuk besar cukup pedas yang penting, banjirrrrrrr. Best kot! Korang mesti kena try kalau datang Penang ni. Time kitaorang dekat sini, borak-borak dengan makcik dekat sini. at da last makcik tu belanja minum. Thanks makcik. Baik-baik dan peramah orang Penang ni. :)
ESCAPE PARK
Kini pengembaraan sebenar bermula! JALAN RANGERS beraksi! Our main game untuk datang Penang ni semestinya Escape Park. Nak cabar gayat yang makin pelik ni. Ada bran? heh. Harga dia kalau korang beli online sebulan awal dapat RM50+, kalau beli online kurang sebulan RM60+ and kalau walk in RM70+. http://escape.my/
Kini pengembaraan sebenar bermula! JALAN RANGERS beraksi! Our main game untuk datang Penang ni semestinya Escape Park. Nak cabar gayat yang makin pelik ni. Ada bran? heh. Harga dia kalau korang beli online sebulan awal dapat RM50+, kalau beli online kurang sebulan RM60+ and kalau walk in RM70+. http://escape.my/
Dia ada macam-macam game dekat sini, mula-mula kitaorang ingat sikit je game dia sebab tak berapa berjalan dekat belakang. Sekali bila pergi belakang, banyak gila rupanya macam-macam ada. Tapi tak tersempat main semua. Sayang seribu kali sayang. (Kakak punya gambar panjat-panjat tak dapat di kenalpasti, nanti kakak dah jumpa kakak eksyen dekat korang ok). heh. ;)
We meet jodoh baru wawa dekat sini. Eh. gurau je. gurau. Meet a new friend here, dari Perak katanya dorang ni. Fidal and Khairul. Ye, ofcouse la bukan aku yang peramah, si wawa la yang peramah tu kan.
Perangai memasing. ;p |
Seriously gayat beb bila kau kena terjun 10m bawah. ke 15m ek? lagi-lagi kakak memang sejenis budak gayat. Muka pasrah teman wawa naik benda ni. Jangan tanya gambar, buruk beb!! Monkey stage ok lagi, tapi yang ni kita kena terjun ke bawah tu yang aku ketaq banyak. Flying Fox yang dekat belakang-belakang ni memang panjang and paling awesoma la bagi aku. Wajib try semua tau beb!
Sebelum balik sempat jugak la kitaorang join poco-poco. Eh. bukan join suka-suka tapi kena paksa poco-poco dengan abang-aang situ. Kakak kayu kakak tahu. sekian. Ruby dan Wawa dapat gift the best poco-poco dancer lagi, topi Escape Park. Abang tu, siap offer dekat kitaorang, kalau nak datang lagi bagitau dia bagi best price. Best! Best!!
Finally we finish our mission. Balik-balik semua sakit kaki tangan. hee Kakak sado dah tak berapa nak sado sangat dah. ;D
Mission Completed! |
Tempat ni memang best! cumanya yang tak puashatinya baeya yang tangka gambar kitaorang tu. Kuangjaq! Gambar aku yang menyenget dia masukkan, yang cantik da boom dia tak nak upload pulak! Heh! Dengki Baeya nie dengki! hee kakak gurau je. Setiap kali nampak je baeya yang pegang camera tu mesti kitaorang panggil suruh snap gambar bebanyak. dan terhasil la macam-macam posing. dah rasa macam hire photographer pun ada. ;)
Malam balik pengsan, mandi, solat than keluar cari makan. Kitaorang try Sup Hameed tapi tak sure la betul ke tidok kedainya yang sebelah balai polis tu. Sebab kedai lain semua dah tutup, kitaorang makan situ je. Tapi memang sedap la sup dia.
16/11/2015 (ISNIN) :
Paginya Isnin sebelum kitaorang fly ke Kuala Lumpur. Kitaorang singgah dekat Chew Jetty. Naik bas, berhenti dekat Ferri Terminal dan jalan kaki ke Chew Jetty. 15 minit je perjalanan. Jalan-jalan, ingatkan nak cari breakfast dekat sini sekali non-hado pulak sebab sini macam perkampungan cina, gerai-gerai pun banyak cina.
Than we decide untuk pergi ke Padang Kota Lama, dah 2-3 hari asyik nak pergi tak lepas-lepas. Time naik bas awam haritu, sempat la jugak borak-borak dengan makcik dalam bas jadi dorang ada la jugak tunjuk tempat makan dekat Padang Kota tu jadi tak terpingga-pingga sangat la kami ni pun mencarinya. Kelaparan kot!
Aku makan mee goreng sotong dan coconut milkshake. 2-2 best, sedap and terbaik! Korang kalau datang padang kota lama ni try la cari mee greng sotong ni.
Settle makan, kami check-out. Hah. Lupa ak review pasal Youth Wassup Hostel yang bagi aku memang selesa, harga pun berpatutan, tempatnya pun nice, kemas dan cantik kalau nak lepak-lepak pun best kot dan pekerja dekat situ pun ramah-ramah. Kakak bagi 5 bintang untuk service dia!
After tu terus kami naik bas pergi Airport. Sampai airport mencekik lagi! Memang datang penang ni dah aim nak makan! makan! dan makan! senarai makanan wajib try memang panjang tapi sempat tak sempat jela nak cari. Laksa Penang salah satunya la. Time dekat Padang Kota cari tak jumpa so kita cari dekat airport Penang la pulak ye. Disebabkan makan dekat airport, harganya agak la mahal. Laksa RM10.00 beb. Nasib sedap! Kuah dia pekat likat, cukup rasa. Semua makanan yang kitaorang pesan memaang sedap la. Ni dekat Kopitiam Penang Airport.
After tu terus kami naik bas pergi Airport. Sampai airport mencekik lagi! Memang datang penang ni dah aim nak makan! makan! dan makan! senarai makanan wajib try memang panjang tapi sempat tak sempat jela nak cari. Laksa Penang salah satunya la. Time dekat Padang Kota cari tak jumpa so kita cari dekat airport Penang la pulak ye. Disebabkan makan dekat airport, harganya agak la mahal. Laksa RM10.00 beb. Nasib sedap! Kuah dia pekat likat, cukup rasa. Semua makanan yang kitaorang pesan memaang sedap la. Ni dekat Kopitiam Penang Airport.
Di sini akalu korang nak tengok jadual kitaorang sepanjang dekat sana. Rancangan awal pada lastday nak pergi Batu Feringgi main air laut tapi oleh kerana agak jauh jugak kitaorang tukar plan last minute jalan-jalan cari marka. tenttt.. hahaa Price banyak di pengaruhi dengan transportation korang + berapa banyak kau mencekik makan. hee ;D
Penang memang tempat best untuk korang jalan. Balik je rumah muka masing-masing Burn bentung. Sampai harini kot burn kakak tak hilang-hilang. Penang memang banyak
lagi tempat-tempat yang kitaorang tak sempat jalan sebenarnya. Banyak
sesat dan oleh kerana naik transport awam dia agak mengambil masa la.
Tapi have fun sangat. Sesat memang tak ter-kira dan ter-kata la. I have a lot of fun dengan korang semua. In sha Allah ada rezeki, ada jodoh kita travel lagi tau. Walaupun kakak macam nak stop travel tapi outdoor activities kakak still on ok. Love you all! Muah Muah Muah ;*
Tentatif 4H3M di Penang |
Harga Transport + Makan |
Every sad ending have a new happy ending. :) |
Comments