Kita belajar sama-sama

Aku akan tetap aku walau sampai bila-bila.

Kekunun sangat nak berhenti travel, nak simpan duit untuk masa depan. Alih-alih bukan setakat berhenti travel, dengan kerja sekali kau berhenti kin. Hahaa Tiba-tiba tak jadi nak fikir masa depan, tiba-tiba rasa nak enjoy je segalanya. Enjoy dengan hidup sendiri, bukan sebab nak puaskan hati orang lain semata. Kakak dah penat nak usaha. Awak kata kita sungguh-sungguh sama-sama tapi macam tak sungguh je. Jadi kakak frust kakak bawak diri pergi Kemboja.

Dekat Kemboja kakak jumpa cinta baru, Cinta dengan diri sendiri. Kakak belajar banyak benda, kakak belajar lebih bersyukur dari sebelumnya. Kakak lebih nampak diri kakak. Seorang asyikin yang blur dan keliru kadang-kadang tapi lebih kepada manusia yang cuba pretend like everything ok. Kakak selalu rasa kakak pendiam, awkward, lonely, kasar dan confius. Hahaa Lama-lama kakak rasa kakak ni bising jugak orangnya, playfull, happy dan ceria. Puji diri sendiri jap.hee Kelemahan paling teruk, nak handle orang (be a leader). Nak handle budak-budak dekat Taska Cikgu Zahrah pun selalu kena buli dan buat aku taknak jaga Taska dah dan buat cita-cita untuk jadi Guru Tadika turut mati tanpa jejak. Hahaa Deep sangat. Trauma kena buli. Tak reti la, tapi dekat sini kena jugak kalau orang dah pilih kau! nasib budak besar.

Firstime kakak kena hidup dengan satu group besar dalam tempoh yang lama. Time awal-awal yang susahnya perangai yang berbeza-beza yang banyak. Pe'el yang hape-hape je tapi semua tu mengingatkan kakak tentang diri sendiri yang dulu. Jadi, kakak hanya mampu cakap. Kita baiki sama-sama, masa yang akan ubah seseorang tu. Yang kurangnya, bila kakak frust, bila kakak marah dengan someone tak tahu nak cakap dengan siapa. Kakak lebih pada simpan sorang-sorang, like nothing never happen. Jadi teringat abah, yang selalu bagi ekin pinjam telinga untuk membebel. Tapi aku tak text abah apa-apa yang memusykilkan, cuma last-last mission je. Kakak text abah, 'ekin penat nak balik rumah?' Macam biasa la, abah cakap tahu pun penat, ingatkan tak tahu penat. 'balik la kin'. hahaaa

Kakak baru perasan tiap kali rasa tak best. Mesti kakak akan cakap kakak penat. hahaa Yup. Aku rasa, setiap kali ada problem mesti aku akan lari. Lari. dan lari. Lepas tu suka fikir banyak-banyak bagi serabut kepala. Benda simple kin, boleh settle jangan kabut. Selagi kau lari, selagi tu kau takkan ubah apa-apa. Bila kau marah dengan kawan kau, kau putus kawan, Bila kau rasa dia tak kisah pasal kau, Kau putus dengan dia. Bila kau rasa tak ada siapa peduli , kau jauhkan diri dengan semuaorang. Apa yang kau perlu, Kau perlu cakap kin. 

Kemarahan akan buat kau sentiasa tersekat di persimpangan jalan. Tak ada manusia yang sempurna. Kita belajar dari setiap sudut kitaran hidup. Setiap apa yang kita rasa, setiap apa yang kita lihat dan setiap apa yang kita dengar. Perubahan dan peluang tu sentiasa ada. Ini proses hidup aku, Ini apa yang aku buat setiap hari start dari aku jatuh, bangun, sampai sekarang. Belajar dan baiki setiap benda yang datang dalam hidup. sebab kita manusia biasa. dan belajar menerima segalanya.

Itu tak mudah, tapi sekurang kita cuba. Jadi jangan rasa awak seorang. Kita sama. Keep growing to be better and better. 


Lots of love,
Asyikin Omar

Comments

Popular Posts