JAMES BOND ada anak perempuan?(tak ada kena mengena dengan entry) | How do i look?~
Hai. saya anak JAMES BOND.
ok.ini bukan cerita pasal anak, bapak atau isteri james bond ye~hehe ;)
#jangan marah haa
(sekadar gambar hiasan)
Aku just nak share beberapa perkara dengan korang. Oleh kerana ada yang bertanya this question dekat formspring aku (dah berzaman baru aku berkesempatan nak review hee;) :
(klik2 untuk tumbesaran yang sihat ya)
"u dress up cantik,banyak explore dunia fesyen eyy??"
auw~auww~ kembang kecup sekejap mak nyah.hee erkk. aku pun tak berapa sure sebenarnya aku dress up macam mana, rasanya simple aje tapi entah la pada yang melihatkan. I'm not a fasionista, jauh sekali sebab aku selalunya pakai ikut suka hati, kesesuaian tempat, keadaan dan mood. Kadang-kadang rasa macam tersalah pakai pun ada.hee;D hentam~ Sebenar-benarnya aku seorang yang simple, kalau korang terserempak dekat luar mesti korang akan cakap..'ek'eleh..minah ni biasa je aku tengok ingatkan hoWt sangat..'(tangan kat bahu mata ke atas~)hahaa ;p *sejak kebelakangan ni aku banyak dengar ayat howt.haha ;)
so aku dengan rajinnya godek-godek la balik semua picture-picture aku. tapis punya tapis aku rasa ni je antara yang cantik kut yang lain, hampeh!hee dan kebanyakkan aku pakai benda yang sama je kut. layan kan aje mak ni ye nyah~ ;)
Outfit: Dress Putih Labuh, Cardigan Hitam, Belt, Headband, Red Shawl, Handbag Liplap2 ;)
Ini picture time Malam Pra Graduan(MPG).
ok.aku paling simple malam tu.
tapi lepas edit nampak cantik pulok kan.hehe mak rasa macam puteri gunung tok nek je nyah. (auww~over kau nok! ok.angkat bakul sendiri.ngeh3~;)
Ni pulak time buat Video DPM6A yang COMEL dekat Putrajaya.
Siyes aku nampak tinggi kan kan kan ;)
Yang ini pulak, the latest picture time pergi High Hill Resort.
just main bedal pakai je ni. Nasib tak haru sangat~hee;)
Ini gambar keluar dating. erkk~eh.jalan-jalan he;)
hahaa yang ni siyes aku rasa kelam je kut sebab dari atas sampai bawah hitam. Nasib t-shirt dengan beg colour merah kalau tak macam tengah berkabung je kan aku. hahaa (gelak untuk diri sendiri;)
simple! ;)
dan dan dan kebiasaanya i just wear t-shirt, jeans and shoes. simple kan? :) senang sikit aku nak main lari-lari, kejar-kejar ke kan.. hehee
Aku rasa kan kan kan nampak menarik sebab aku sangat suka edit-edit picture kut tu yang muka nenek kebayan macam aku ni boleh nampak macam kak erra fazira. hehee ;p habis semua jerawat2 aku tutup. ngeh3~ conclusionnya kalau korang edit gambar korang gerenti mak boleh jamin nyah muka kau automatik...eh.kompom(confirm)! boleh nampak macam kak erra kau. itu kalau muka la kan.hehe;) dan kalau pada berpakaian pulak i think shawl sebenarnya menaikkan seri...tak perlu sarat-sarat pun sometimes korang boleh nampak cantik. :)
ok.pakai t-shirt dan cardigan je.
tapi still nampak menarik sebab shawl!
shawl dari Roxylah Shawl!!
(tak tahu la wujud lagi tak hee;)
*tapi this shawl saya dapat free..terima kasih Sellah!;)
ok. gua pakai jaket rempit gua. tapi still boleh nampak menarik sebab gua tambah shawl jaring-jaring untuk naikkan lagi seri shawl merah yang kosong tu.:)
Lagi satu, petuanya rajin-rajinkan la diri tangkap gambar dengan orang cantik. So even korang pakai biase-biase je pun, korang still boleh nampak cantik.
hehe saya dengan cik wiwit CANTIK!!!
Walaupun baju tu 2x ganda besar dari aku, seluar tu menampakkan aku gemok tetapi aku tetap rasa aku cantik bila tangkap gambar dengan orang cantik.
Wiwit! Baskin robin 1! hehee;)
dan dan dan bila model-model photoshoot selalulah enterprem kan diri. Feeling-feeling la kejap kan, kunun-kunun korang pun model gitu. Walaupun korang sebenarnya jejalan je kat situ je kan hee;)
Nampak kan aku cantik bila berdiri sebelah orang-orang cantik ni.. hahaa ;D Mereka semua sangat cantik, sangat baik dan sangat kepoh! SAYANG korang!!!;* muaaahhxx~
(korang macam biase, milo ais 1, penat puji ni..heheheee;p )
Apa-apa pun just enjoy your life ok. Kata abah, berpakaian tu berpada-pada. ok bah!^^
Biar apa pun korang pakai, biar dengan siapa pun korang kawan yang penting dan utama adalah hati dan ingat! kalau korang bertudung tu tutup-tutup la apa yang patut ye. Jangan overdos berfesyen pulak. heheee sebab makin lama makin pelik plak la aku tengok fesyen-fesyen ni...pakai tudung nampak rambut, pakai tudung seluar pendek etc hehee apa-apa pun lu pikir la sendiri.. Assalamualaikum ;)
nOtahati : Aku tak perfect untuk tegur orang tapi ambil lah apa yang baik dan apa yang buruk kita sama-sama perbaiki. PEACE no war ;)
Comments
munira: hamboi~over kau nyah..hahaa xdela..cube hentam je 2.;)